Cara Tukar Duit Kertas Rosak Di Bank Negara

Wang Kertas yang sudah rosak, adakah masih boleh digunakan? Jawapannya adalah anda boleh tukar wang kertas yang rosak tetapi nilai pertukaran bergantung pada keadaannya.

Kini Wang polimer berjumlah RM1 dan RM5 telah diperkenalkan supaya wang tidak mudah koyak, tidak menyerap air, lebih bersih dan tahan lebih lama.

Ianya juga bersifat tahan lama jika dikendalikan dengan cara yang betul.

Namun, terdapat pelbagai kes di mana wang kertas menjadi rosak dan tidak sesuai untuk digunakan lagi.

Baca juga:

Kualiti Wang Kertas:


Berikut adalah kualiti wang kertas:

  • Wang kertas yang bersih.
  • Wang kertas yang tulen dan bukan palsu.
  • Wang kertas yang tidak berlubang, koyak, bertampal atau hilang beberapa bahagian daripadanya.
  • Wang kertas yang warna yang tidak luntur, terutamanya pada potret SPB Yang di-Pertuan Agong
  • Wang kertas yang tidak berconteng.

Pertukaran Nilai Duit Kertas Rosak:


Berikuut adalah pertukaran yang boleh dibuat:

i) Wang Kertas Rosak Yang Jelas Nilainya:

Cara Tukar Duit Kertas Rosak Di Bank Negara 1

  • Saiz mata wang yang rosak ialah dua pertiga (2/3) atau lebih daripada saiz asal.
  • Tidak mengandungi sebarang tanda pada potret DYMM Yang di-Pertuan Agong atau tulisan yang menggambarkan slogan politik.
  • Tidak rosak kerana tanda atau tulisan perkataan, angka dan lain-lain.

ii) Wang Kertas Rosak Yang Kurang Jelas Nilainya:

Cara Tukar Duit Kertas Rosak Di Bank Negara 2

  • wang perlu dihantar kepada BNM untuk penilaian.
  • Nilai akan dikembalikan ke dalam akaun pelanggan selepas penilaian.

Cara Tukar Duit Kertas Rosak:


Berikut adalah cara untuk menukar duit kertas yang rosak:

Langkah 1: Layari laman sesawang BNM.

Langkah 2: Rujuk mana-mana institusi kewangan.

Maklumat Lanjut:


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Bank Negara Malaysia atau hubungi di talian 03-26988044 samb. 7284 / 7307 / 8252 / 8278.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3