Sebuah tragedi menyayat hati dimana melibatkan 2 remaja berumur 18 tahun. Dimana Dua remaja lelaki tersebut yang dipercayai dalam perjalanan untuk beraya, maut selepas motosikal ditunggang dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 23 Jalan Pekan – Batu Balik pada Isnin.
2 remaja ini dipercayai telah maut ditempat kejadian. Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Mohd Zaidi Mat Zin, Ketua Polis Daerah Pekan berkata, pihaknya telah menerima panggilan pada pukul 6.18 petang mengenai satu kemalangan maut.
Hasil siasatan awal dapati motosikal mereka terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Mitsubishi Triton yang datang dari arah bertentangan.
“Kejadian itu telah menyebabkan kedua-dua penunggang dan pembonceng meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang Mitsubishi Triton tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Related Posts
- Rakyat Malaysia Raya Kelam-Kabut
- SPA Buka Pengambilan 785 Kekosongan Jawatan Terkini Seluruh Malaysia ~ GAJI RM1,353 – RM4,005 / Minima SPM Layak Memohon!
- Teguran Terbuka Untuk Aliff Syukri Dan Baby Shima – Pu Syed
- “Tolong Block Si Diana Ni..Semak Tengok Komen Dia” – Neelofa
- Kemas Kini Maklumat Asas BKM 2022 Kini Dibuka ~ Ketahui Apa Yang Perlu Anda Lakukan