DS Vida Stress 4 Jam Disoal SKMM


DS Vida terbaru dilanda dengan kontroversi apabila dia menghasilkan sebuah MV lagu raya yang berjudul Muah Muah Raya yang dianggap tidak sesuai dengan sambutan Aidilfitri.

Dia kemudian dilaporkan telah dipanggil oleh SKMM untuk membuat keterangan berkenaan MV tersebut kerana menampilkan sekumpulan penari latar yang merupakan ‘Drag Queen’.


DS Vida dalam sebuah temubual membuat kenyataan bahawa dia disoal selama 4 jam dan perkara tersebut membuatkan dia stress dan down.

“Macam-macam soalan ditanya sepanjang empat jam memberi keterangan di SKMM. Ia bukan satu proses yang mudah namun saya harungi dengan penuh sabar dan positif”

“Jujurnya saya sangat ‘stress’ dan ‘down’ kenapa isu sebegini diperbesarkan segelintir pihak sedangkan saya tidak pernah terfikir nak mempromosikan elemen LGBT”


“MV saya itu hanya untuk menyuntik kelainan dan memberi hiburan kepada orang ramai. Malangnya saya perlu berdepan masalah ini dan ke SKMM untuk memberi keterangan”

 

 

DS Vida menambah lagi, dia memang langsung tidak melakukan sebarang promosi terhadap MV tersebut setelah melihat Datuk Aliff Syukri dipanggil SKMM.

Dia tidak menyangka ada pihak yang tidak berpuas hati dengan dirinya lalu membuat aduan berkenaan MV tersebut yang dikatakan cuba mempromosikan LGBT.


“Selepas insiden yang berlaku kepada Datuk Seri Aliff Syukri yang dipanggil SKMM saya memang tak promosikan MV raya secara agresif sebab bimbang perkara sama berlaku”

“Tapi tak sangka masih ada pihak yang tidak berpuas hati dan membuat aduan sedangkan saya sendiri sudah nyatakan apa yang buruk jadikan teladan dan baik jadikan sempadan dalam mv terbabit”




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3