Sebuah drama iaitu ‘Kebaya Kasut Kanvas’ merupakan sebuah karya adaptasi dari buku novel ‘Si Baju Kurung Kasut Kanvas’ yang dikarang oleh Umie Nadzimah. Drama ini juga adalah dibawah arahan Pyan Screw dan dibingtangi oleh Nabila Razali, Fahrin Ahmad dan Rozita Che Wan. Drama ini akan disiarkan mulai 12 Ogos 2020 setiap hari Rabu dan Khamis pukul 6 petang di TV3.
Informasi Drama Kebaya Kasut Kanvas
Berapa Episod : 10 Episod
TV Apa : Saluran TV3
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Siapa Pengarah : Pyan Screw (Emi Suffian)
Penulis Novel Drama Ini : Umie Nadzimah
Senarai Pelakon & Watak :
- Nabila Razali sebagai Suria
- Rozita Che Wan sebagai Che Pah
- Fahrin Ahmad sebagai Gary
- Noniswara sebagai Puan Marian
- Mona Allen sebagai Ratnasari
- Joanna Bessey sebagai Puan Kartina
- Syafi Tee sebagai Azlan
- Julia Farhana Marin sebagai Hanna
- Yusof Kelana sebagai Kaidan
- Azrel Ismail sebagai Ustaz Azim
- Zainol Macwilson sebagai Rahim
- Malek Mccrone sebagai Ameer
- Ash Nordin sebagai Ash
- Sean Lee sebagai Taj
- Ikmal Amry sebagai Daniel Hashim
- Ismail Izzani sebagai Mikail
- Haqiem Rusli sebagai Que
- Dr. Say Shazril sebagai Dr Zuki
- Anas Ridzuan sebagai Dato Sanip
- Riena Diana sebagai Alin
- Rashidah Jaafaar sebagai Ustazah Imah
- Zarynn Min sebagai Datuk Seri Murni
Produksi : Orange Tree Production
Sinopsis
Drama Kebaya Kasut Kanvas ini menceritakan kisah seorang gadis yang bekerja di sebuah syarikat fesyen iaitu Suria (Nabila Razali). Dia gemar mengenakan baju kebaya dengan kasut kanvas dan amat dikenali oleh cara pemakaian uniknya itu. Dari zaman kolej, Suria tidak pernah ada teman lelaki dan dia seorang yang terlalu sibuk dengan kerjanya sehingga ibunya, Cik Pah (Rozita Che Wan) mula risau jika anak daranya tidak akan kahwin.
Cik Pah telah menerima lamaran kahwin untuk Suria tanpa pengetahuannya. Bakal suaminya juga dirahsiakn oleh Cik Pah malah Suria diminta untuk mencari siapakah lelaki tersebut. Cik Pah memberi satu petunjuk sahaja bahawa Suria juga mengenali lelaki itu.
Mulai hari itu, Suria mula memerhati lelaki-lelaki di sekelilingnya. Siapakah bakal suaminya sendiri yang di kalangan kenalannya? Pada mulanya, Suria menganggap Gary (Fahrin Ahmad) yang membantu perbaiki komputer ribanya adalah bakal suaminya tetapi Gary hanya bersikap dingin kepada Suria. Kemudian, Suria beralih tumpuan kepada Ameer (Malek Mccrone), pereka yang bekerja di butik pereka fesyen yang terkenal, Kaidan (Yusuf Hashim).
Tidak lama kemudian, Suria tertarik dengan keperibadian Ash (Ash Nordin), yang merupakan seorang penulis portal yang membuat ulasan untuk produk kecantikan. Ash sangat peramah yang membuatkan Suria cepat mesra dan sangat senang dengan sikapnya. Namun begitu, Suria masih tidak pasti sama ada Ash ialah bakal suaminya yang dicari walaupun mereka serasi.
Suria gagal untuk mendapatkan jawapan daripada ibunya dan telah berusaha untuk mnegetahuinya. Suria dan Cik Pah terserempak dengan rakan sekerjanya sewaktu berjalan-jalan di luar iaitu Taj (Sean LEE). Ibunya mesra berbual bersama Taj dan Suria mula memikirkan Taj mungkin bakal suaminya. Walaupun begitu, Suria Masih tidak yakin siapakah sebenarnya bakal suaminuya. Masa semakin singkat, Suria turut mengusik hatinya dengan tarikan tersendiri dari beberapa jejaka yang muncul dalam hidupnya.
Antaranya, seorang doktor kacak yang mewawat Suria ketika jatuh sakit iaitu Dr Zuki (Dr Say Shahzril), Daniel Hashim (Ikmal Amry) yang gemar dengan aktiviti gim, pengusaha cafe Mikail (Ismail Izzani), Que (Haqiem Rusli) iaitu seorang arkitek dan juga Ustaz Azim (Azrel Ismail) yang sudah mempunyai 2 isteri. Siapakah sebenarnya bakal suami Suria?
Bagi anda yang ingin menonton drama Kebaya Kasut Kanvas ini dan ingin mengetahui jalan ceritanya dengan lebih lagi, anda boleh menonton di saluran TV3 yang ditayangkan pada 12 Ogos 2020 pada setiap hari Rabu hingga Khamis pukul 6 petang.