Sebuah drama bersiri yang bertajuk ‘Jalan Sesat Ke Syurga’ ialah drama di bawah arahan Shihaimi Zulkifli. Drama ini mengisahkan pembongkaran kisah benar kesesatan beragama dan isu ajaran sesat yang berada di dalam negara kita.
Drama ini akan di tayangkan di slot Tiara Astro Prima yang dibintangi oleh pelakon seperti Aaron Aziz, Elizad Shariffuddin, Jalaludin Hassan, Aleza Shadan dan ramai lagi.
Informasi Drama Sesat Ke Syurga
Berapa Episod : 34 episod
TV Apa : Astro Prima & Prima HD (Slot Tiara)
Siapa Pengarah : Osman Ali & Shuhaimi Zulkefli
Penulis Skrip Drama Ini : Siti Jasmina Ibrahim
Senarai Pelakon & Watak :
- Aaron Aziz sebagai Hamzah
- Elizad Sharifuddin sebagai Inara
- Jalaludin Hassan sebagai Dr Zaqwan (Ayah Inara)
- Aleza Shadan sebagai Asyirah (Ibu Inara)
- Nelissa Nizam sebagai Ain
- Zul Helmy sebagai Afiq
- Sri Idrina sebagai Julia
- Zalfa Zin sebagai Sally
- Suzane Ortiz sebagai Muna
- Saliza Ali sebagai Ema
- Rashidah Jaafar sebagai Halimah
- Naza Manas sebagai Madi
- Abil Habshi sebagai Ikhwan
Produksi : Nuansa Sdn Bhd
Sinopsis Drama Jalan Sesat Ke Syurga
Setelah Inara (Elizad Shariffudin) telah diisytiharkan mati, kemudian dia kembali bernafas. Inara ingin berubah dan ingin menjadi seorang Muslimah yang baik dimana bukan dirinya sebelum ini setelah ‘dihidupkan semula’. Asyirah (Aleza Shadan) dan Zaqwan (Dato’ Jalaluddin Hassan) iaitu ibu bapa kepada Inara gembira melihat perubahan Inara, tetapi berkaitan agama yang diajar oleh ibu bapanya mengelirukan Inara. Zaqwan merupakan ahli jemaah kumpulan ‘Gerakan Eli’. Manakala asyirah pula memperjuangkan ideologi kumpulan ‘Hawa Islam’ yang berbeza dengan golongan ekstrimis ‘Gerakan Elit’.
Kemudian Inara bertemu Hamzah (Dato Aaron Aziz), seorang penagih dadah yang positif HIV tetapi sihat menjalankan kehidupan dengan menggunakan ubat ARV. Hamzah bertujuan membantu penagih-penagih dadah di luar sana dengan mengusahakan sebuah kafe komuniti. Apabila Hamzah bertermu Inara, dia tahu bahawa Inara adalah seorang yang terbaik dan sesuai untuk dirinya. Walaupun pada mulanya Inara menolak cinta Hamzah, tetapi Inara berasa selamat dan selesa bersama Hamzah. Akhirnya, mereka berdua bersetuju untuk berkahwin dan selamatkan ibu bapa inara daripada ajaran yang sesat yang diamalkan oleh mereka.
Hamzah mendapatkan sokongan dari gurunya di kampung dan mereka mencari jalan untuk menyelamatkan kedua ibu bapa Inara dengan membuat keputusan untuk menyertai kumpulan ajaran tersebut dan akan melakukan sesuatu. Namun, mereka sangat terkejut setelah mereka pelajari ajaran daripada kumpulan tersebut. Ahli -ahli di dalam kumpulan ajaran sesat tersebut sangat licik, berkelakuan ganas dan pengkhianat. Inara dan Hamzah banyak berkorban dan menghadapi pelbagai acabaran sepanjang mengikuti kumpulan tersebut. Akhirnya mereka berjaya menyelamatkan ibu bapa Inara daripada kumpulan ajaran sesat tersebut, atas Rahmat Tuhan.
Bagi anda peminat drama bersiri dan ingin menonton Drama Jalan Sesat Ke Syurga yang sangat menarik ini, anda boleh menonton di Astro Prima bermula 3 Ogos 22020 setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 6 petang.