Drama Ayat-Ayat Halal

Sebuah drama bersiri yang bertajuk ‘Ayat-Ayat Halal’ merupakan karya adaptasi novel ‘Ayat-Ayat Halal’ hasil Syamnuriezmil.

Drama ini merupakan drama di bawah terbuatan Global Station Sdn Bhd dan arahan MP Roslin yang akan disiarkan di saluran RTM dan dibintangi oleh pelakon gandingan Amar Baharin dan Nadiya Nisaa.

Drama Ayat-Ayat Halal 1

Informasi Drama Ayat-Ayat Halal


Berapa Episod : 25 episod

TV Apa : RTM 

Siapa Pengarah : MP Roslin xx Azri Azhar

Penulis Novel Drama Ini : Syamnuriezmil

Senarai Pelakon & Watak : 

  • Amar Baharin sebagai Ebrahim Al Farez
  • Nadiya Nisaa sebagai Ulya Ayani
  • Fikhree Bakar sebagai Ustaz Hassan
  • Razak Ahmad sebagai Pak Ayop
  • Chiwan Chilok sebagai Hazmon
  • Lan Siro sebagai Ulwan
  • Shah Rezza sebagai Pak Ali

Produksi : Global Station Sdn Bhd

Sinopsis Drama Ayat-Ayat Halal


Ebrahim Al Farez (Ammar Baharin) terpaksa balik ke Malaysia dan berpuasa sendirian kerana kejutan tidak menjadi. Lagipun sejak dia putus cinta dengan Murni sudah lama dia tidak balik, dua tahun yang lalu. Sejak daripada itu dia tidak mahu pulang ke Malaysia dan menetap di Qatar.

Ebrahim pulang juga akhirnya kerana rindukan kek pandan ibunya. Tetapi kali ini dia mereasa kek pandan buatan Ulya Alyani, anak Pak Cik Ayob jiran sebelah rumahnya. Ebrahim telah jatuh cinta dengan rasa kek pandan Ulya.

Oleh itu, Ebrahim terpaksa menyamar jadi ustaz untuk mengajar Pak Cik Ayob mengaji dan memberikan ayat-ayat halal kepada Ulya. Manalah tahu tiba Syawal, mak Ebrahim selalu mengharapkan Ebrahim beristeri. Yang menjadi permasalahan ialah Ulaya lurus bendul, Ulya tidak faham ayat halalnya Ebrahim seperti diingatkan, rupanya tidak.

Ulaya telah berjaya memenuhi tempat kosong dalam hatinya

ada kekurangan, bagi Ebrahim. Namun, Ulya juga merupakan sepupu rapat Murni dan diminati oleh Ustaz Hassan, oleh itu tempat kosong dihatinya itu masih belum dipenuhi. Tiba-tiba muncul pula lamaran anak Mak Cik Jah yang membuatkan Ebrahim pening kepala.

Cukupkah Ebrahim menggunakan ayat-ayat halal buat Ulya? Bagaima Ebrahim boleh meyakinkan Ulya hanya Ulya sahaja yang layak mengisi tempat kosong hatinya?

Kerana cinta itu hanya sempurna apabila dihalalkan

Drama Ayat-Ayat Halal 2

Drama Ayat-Ayat Halal 3

Bagi peminat drama bersiri dan ingin menonton Drama Ayat-Ayat Halal yang menarik ini anda boleh menonton di saluran RTM.


Leave a Comment

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3