Portal 1Malaysia
Portal 1Malaysia
Portal 1Malaysia

Doa Qunut JAKIM Lengkap (Rumi & Jawi)

by portalmalaysia
July 5, 2023
in Doa, Islam
A A

Doa Qunut JAKIM lengkap berserta bacaan rumi dan jawi. Semak dan download disini untuk kegunaan harian anda semoga bermanfaat insyaAllah.

Ada tiga jenis Doa Qunut iaitu doa qunut Subuh, solat witir tarawikh dan Qunut Nazilah.

Menurut imam Syafi’e, membaca doa Qunut sewaktu solat subuh hukumnya sunat muakkad (sunat yang dituntut.

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Jika terlupa atau tertinggal baca qunut dalam subuh, anda disunatkan untuk lakukan sujud sahwi.

Namun, solat subuh anda tetap sah walaupun tanpa sujud sahwi.

Senarai Kandungan

  • Maksud Doa Qunut Subuh
  • Bacaan Doa Qunut Rumi dan Jawi
  • Doa Qunut Nazilah
    • FAQ & Soalan Lazim
      • Sah subuh jika tertinggal doa qunut?
      • Apa hukum baca doa qunut?

Maksud Doa Qunut Subuh

Lihat Juga  Surah Yasin Rumi & Terjemahan (Al-Quran)

Qunut (قنوت) bermaksud berdoa ketika berdiri dalam solat.

Dari segi bahasa, ia bermaksud berdiri lama, taat, diam, tunduk, khusyuk dan doa.

Dari segi istilah, ianya merupakan doa yang dibaca ketika iktidal dalam solat.

Bacaan Doa Qunut Rumi dan Jawi


Berikut adalah bacaan qunut pendek dalam bahasa Melayu (Rumi) dan Jawi dalam solat subuh :

doa qunut jawi dan rumi

اللهمَّ اهدِنا فيمَن هدَيت،
Allahhumma dinii fiiman hadait
Ya Allah tunjukkanlah kami sebagaimana orang yang Engkau berikan petunjuk

وعافِنا فيمَن عافيت
Wa’aa finii fiiman ‘aafait
Dan sejahterakanlah kami sebagaimana orang yang Engkau sejahterakan

وتولَّنا فيمَن تولَّيت،
Watawallanii fiiman tawal-laiit
Pimpinlah kami sebagaimana orang yang telah Engkau pimpin

Lihat Juga  Skim Zakat Bantuan Deposit Van / Bas Sekolah / Lori Pick Up (Perniagaan) - MAIWP

وباركْ لي فيما أعطيت،
Wabaariklii fiimaa a’thait
Dan berkatilah hendaknya untuk kami apa-apa yang telah Engkau berikan kepadaku

وقِني شرَّ ما قضيت،
Waqinii syarramaa qadhait
Jauhkanlah dari kami sebarang kejahatan / takdir buruk yang Engkau tentukan (untuk hari ini).

فَإِنَّكَ تَقْضِي وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ،
Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan dan tidak sesiapa pun yang berkausa menetapkan sesuatu selain dariapda Engkau

وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ،
Wainnahu laayadzilu man walait
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu

وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ،
Walaa ya’izzu man ‘aadait
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi

تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ
Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait
Telah memberi berkat Engkau, oh Tuhan,

Lihat Juga  Panduan Lengkap Solat Tarawih & Solat Witir - Doa, Selawat (JAKIM)

فَلَكَ الْحَمْدٌ عَلى ما قَضَيتَ
Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait
Dan Maha Tinggi Engkau, Maka bagi Engkaulah segala pujian terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.

وَأَسْتَغْفِرُكَ وَأََتُوبُ إِلَيْكَ
Astaghfiruka wa’atuubu ilaik
Aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau

وَصلَّى اللهُ عَلىَ سَيًّدًنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ
Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabatnya 

Doa Qunut Nazilah


Berikut adalah bacaan qunut nazilah dalam bahasa Melayu (Rumi) dan Jawi dalam solat subuh :

bacaan doa qunut nazilah

FAQ & Soalan Lazim


Sah subuh jika tertinggal doa qunut?

Sah walaupun terlupa atau tidak baca. Ianya merupakan sunat muakkad. Disunatkan untuk buat sujud sahwi jika tertinggal.

Apa hukum baca doa qunut?

Menurut Imam Syafi'e, hukumnya sunat yang digalakkan iaitu sunat muakkad.

No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Data Protection Notice
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Sitemap Portal Malaysia
  • Term & Condition

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3

  • 62shares
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Facebook Messenger
  • Facebook
  • 62shares
  • 45
  • 14
  • 0
  • Facebook
  • Facebook Messenger
×