Cara Solat Sunat Dhuha Serta Doa Dhuha Dan Kelebihan (Fadhilat)

Pengenalan

Apa itu Solat Dhuha ? Ianya merupakan amalan sunnah yang sangat dianjurkan untuk kita sebagai umat islam, ini kerana banyak dalil dalam hadis yang menunjukkan kelebihan solat dhuha dan doa dhuha ini, salah satunya adalah untuk kita memohon ampun dosa dan melancarkan aliran rezeki kita.

Doa dhuha solat dhuha

Cara Solat Dhuha

Cara solat dhuha sebenarnya amatlah ringkas untuk dilaksanakan, rukun solatnya sama sahaja seperti solat fardhu biasa yang kita lakukan.

Jumlah rakaat solat dhuha boleh dilakukan dalam bilangan paling sedikit iaitu 2 rakaat kalau nak tambah bilangan boleh sahaja ikut kemampuan anda. Ada yang lakukan sampai sehingga 12 rakaat. (1 kali 2 rakaat, 12 rakaat bermakna 6 kali)

  1. Niat
  2. Bediri Takbiratul Ihram
  3. Membaca Alfatihah & Surah Lazim
  4. Rukuk Dengan Tuma’ninah
  5. I’tidal Dengan Tuma’ninah
  6. Sujud Dengan Tuma’ninah
  7. Duduk Diantara Dua Sujud Dengan Tuma’ninah
  8. Sujud Dengan Tuma’ninah
  9. Ulang Semulan Step 2-8
  10. Takhiyat Akhir
  11. Bagi Salam
  12. Tertib (Selesai)

Step 3 Untuk Surah Lazim boleh baca Surah Ad-dhuha Dan As-Sham

Niat Solat Dhuha

Setiap apa yang kita lakukan pastinya dengan niat yang betul supaya ketetapan hati kita untuk bersujud kepada Allah S.W.T dalam keadaan kusyuk.

Berikut adalah niat solat dhuha dalam jawi/rumi serta maksudnya.

أُصَلِّي سُنَّةَ الضُحَي رَكْعَتَين ِللهِ تَعَاليَ

Usalli sunnatan dhuha rak’ataini lillahi ta’alaa.

Sahaja Aku Solat Sunat Dhuha 2 Rakaat Kerana Allah Ta’ala.

Doa Solat Dhuha

Selepas selesai solat dhuha pastinya desusuli dengan doa dhuha yang mustajab, boleh juga membaca doa selepas solat seperti biasa dan disusuli dengan doa dhuha ini.

اللَّهُمَّ إنَّ الضُّحَى ضَحَاؤُك وَالْبَهَا بَهَاؤُك وَالْجَمَالُ جَمَالُك وَالْقُوَّةُ قُوَّتُك وَالْقُدْرَةُ قُدْرَتُك وَالْعِصْمَةُ عِصْمَتُك اللَّهُمَّ إنْ كَانَ رِزْقِي فِي السَّمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِي الْأَرْضِ فَأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مُعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضَحَائِكَ وَبِهَائِك وَجَمَالِك وَقُوَّتِك وَقُدْرَتِك آتِنِي مَا آتَيْت عِبَادَك الصَّالِحِينَ

Allahummma Inna Ad-Dhuha’a Dhuha’uKa,
Wal Baha’a Baha’uKa, Wal Jamala Jamaluka,
Wal Quwwata QuwwatuKa, Wal Qudrata QudratuKa,
Wal ‘Ismata ‘Ismatuka…

Allahumma In Kana Rizqi Fis Samaa’i Fa Anzilhu,
Wa In Kana Fil Ardhi Fa Akhrijhu,
Wa In Kana Mu’assaran Fa Yassirhu,
Wa In Kana Haraman Fa Thohhirhu,
Wa In Kana Ba’idan Fa Qarribhu…

Bi Haqqi Dhuha’iKa Wa Baha’iKa Wa JamaliKa Wa QuwwatiKa Wa QudratiKa… Aatini Ma Ataita Min ‘IbadiKa As-Solihin

Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU
Kecantikannya KecantikanMU
Keindahannya KeindahanMU
Kekuatannya KekuatanMU
Kekuasaannya KekuasaanMU
Perlindungannya PerlindunganMU

Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu Dhuha
KecantikanMU, keindahanMU
KekuatanMU, kekuasaanMU

Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hambaMU yang soleh

Kelebihan/Fadhilat Dhuha

Beberapa kelebihan yang kita perolehi apabila kita melakukan solat dhuha, antaranya seperti berikut.

  • Mendapat Pahala Sunnah
  • Amalan Yang Dicintai Oleh Allah
  • Dimurahkan Rezeki
  • Setiap Urusan Harian Dimudahkan
  • Mendapat Pahala Sedekah
  • Meperoleh Pahala Umrah
  • Dapat Diampunkan Dosa-Dosa Lepas
  • Tambahan Sahaja
    • Dapat Menaikkan Motivasi Rohani Pagi Anda
    • Lebih Berkeyakinan Untuk Buat Kerja

Waktu Dhuha Pukul Berapa

Bilakah bermulanya waktu Dhuha?

Ianyan mengikut waktu solat jabatan mufti negeri-negeri, waktu dhuha adalah 28 minit selepas waktu syuruk.

Kaedah hitungan yang diaplikasikan menurut JAKIM adalah:

Waktu Dhuha = Waktu syuruk + 1/3 
(tempoh masa daripada waktu fajar hingga waktu syuruk)

Waktu terbaik untuk Solat Dhuha ketikanya pasir menjadi panas disebabkan matahari sudah mulai terpancar terik. Solat Dhuha yang dilakukan pada waktu ini disebut sebagai Solat Awwabin. Rujukan – Mufti Wilayah #1255

Bila Waktu Dhuha Berakhir?

Apabila matahari tegak diatas kepala.

Dalil Berkaitan Solat Dhuha

أَوْصَانِيْ خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ: صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَي الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ

Maksudnya: “Kekasihku (Muhammad SAW) mengingatkan akan daku supaya melakukan tiga perkara iaitu: berpuasa tiga hari pada setiap bulan, melaksanakan solat Dhuha sebanyak dua rakaat dan melakukan solat Witir sebelum tidur.” [Riwayat al-Bukhari (1880) dan Muslim (721)]

Itulah serba sedikit berkaitan solat dhuha dan doanya. semoga ianya bermanfaat kepada anda.

Leave a Reply