Dituduh Syirik , Raja Bomoh Kemukakan Saman 300 Juta ,


Tular sebuah video di media sosial baru- baru ini yang memaparkan Datuk Ibrahim Md Zin atau dikenali sebagai Raja Bomoh bersama seorang wanita, Puteri Zaleha melakukan ritual ‘halau’ banjir.

Berikutan video terbabit, ada beberapa jabatan serta netizen yang  ‘menghentam’ Raja Bomoh dengan mendakwa beliau melakukan ritual syirik serta khurafat malah tidak menganggap bahwa dia hanya mencari publisiti murahan bagi menaikkan namanya.


Dia mengakui sangat kecewa dengan tuduhan tersebut dan dia telah menegaskan bahawa ritual yang dibuat itu merupakan satu petua orang zaman dahulu dan hanya menggunakan alam semula jadi sahaja.

Tidak berdiam diri , dia juga membuat hantaran video tentang penjelasan hal sebenar mengenai ritual itu, Raja Bomoh sekali lagi memuat naik satu lagi video mendedahkan dirinya mempunyai ‘kelas’ tersendiri serta tidak akan teragak-agak untuk menyaman pihak yang membuat tuduhan secara melulu dengan jumlah RM300 juta.

Saya sebagai bomoh nujum kepada VIP dan korporat, jangan saudara semua salah anggap ingat saya bomoh tepi jalan, ini bomoh no class.

Kelmarin , menerusi akaun rasmi  FAcebook miliknya, Raja Bomoh telah berkongsi sebuah gambar menunjukkan beliau sedang memegang sebuah salinan laporan polis yang dibuat merujuk kepada kes tersebut.

Terdahulu, selepas tular video ritual Raja Bomoh bersama seorang wanita itu, pihak Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah membuka kertas siasatan, manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan meneliti tindakan sewajarnya kepada Raja Bomoh dan pasangannnya berkenaan ritual tersebut yang dikatakan khurafat dan mengarut.

Penafian – Bahan artikel kami share diatas merupakan tutorial dan ringkasan yang related dengan “Dituduh Syirik , Raja Bomoh Kemukakan Saman 300 Juta ,” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.