Dituduh Mempunyai Hubungan Sulit Dengan Suami Orang, Kasih Iris Leona Menafikan Dakwaan Itu


Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona menafikan dakwaan mempunyai hubungan dengan suami kepada seorang wanita seperti yang didakwa di media sosial.

Leona mengakui sebak apabila dimaklumkan mengenai tohmahan yang memalukan itu. Tegasnya, dakwaan itu sama sekali tidak benar dan memalukan dirinya.

“Kali pertama saya melihatnya saya menangis kerana tuduhan itu begitu memalukan. Ia sama sekali tidak benar dan sangat mencemarkan imej saya.

 

“Bagaimana dia boleh menuduh saya dengan tohmahan sebegitu. Sedangkan duit ibu bapa sendiri saya tidak ambil, inikan pula hendak mengambil duit orang lain.

 

“Wanita terbabit mendakwa saya mempunyai hubungan dengan suaminya pada 2014 dan saya berusia 12 tahun ketika itu,” tulisnya

Dua hari lalu, Azhar menerusi kepsyen foto ditulisnya di Instagram berkongsi mengenai Leona yang dipanggil dengan sapaan Kasih bertanya soal politik dan jelasnya, ‘respond mami’ – jangan masuk campur dan peningkan kepala sendiri.

Wanita itu turut meminta Azhar memulangkan sejumlah wang miliknya yang dikatakan sudah diterima oleh Leona secara bulanan sepanjang perkenalan. Bagaimanapun, komen itu sudah dipadam.

Justeru, difahamkan Azhar turut menghubungi wanita berkenaan menerusi WhatsApp bagi meminta bukti atas segala dakwaan dibuatnya ke atas Leona.

Namun, wanita itu memaklumkan kepada Azhar, dia mengesyaki suaminya ada hubungan dengan Leona, gara-gara lelaki terbabit membuat ciapan semula (retweet) satu status di muat naik Leona sebelum ini.

Sumber Harian Metro


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3