Diskaun Saman Trafik Sehingga 50% Bermula 18 Jun – 18 Julai 2021

Home » Portal Rasmi » Diskaun Saman Trafik Sehingga 50% Bermula 18 Jun – 18 Julai 2021

TAWARAN DISKAUN SAMAN SEHINGGA 50 % MELALUI APLIKASI MYBAYAR SAMAN BERMULA 18 JUN SEHINGGA 18 JULAI 2021

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik (JSPT) bakal memberikan tawaran pengurangan kepada kompaun saman trafik secara dalam talian sehingga 50% melalui aplikasi MyBayar Saman bermula dari 18 Jun 2021 – 18 Julai 2021 kepada semua saman yang boleh dikompaun termasuk saman-saman dalam kategori senarai hitam.

MyBayar Saman merupakan inisiatif JSPT dalam menyokong hasrat kerajaan ke arah komuniti tanpa tunai (cashless society) melalui perkhidmatan e-Pembayaran ini.

Portal Malaysia ingin berkongsi cara pendaftaran saman melalui aplikasi MyBayar Saman.

Penting: tawaran ini tidak termasuk kesalahan-kesalahan utama tahun 2021, kesalahan berkaitan kenderaan berat, kesalahan pengubahsuaian ekzos dan kes saman dalam sebutan mahkamah.

Bagi tawaran pengurangan kompaun saman kali ini, aplikasi MyBayar Saman telah dipertingkatkan bagi membolehkan syarikat dan entiti perniagaan mendaftar sebagai pengguna dan seterusnya membuat pembayaran melalui aplikasi berkenaan.

Baca Juga : e-Janji Temu LHDN: Cara Mohon Temu Janji Online Bagi Rayuan BPR Fasa 2

Cara Pendaftaran MyBayar Saman

Anda boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui cara dibawah:

i) Portal rasmi – https://mybayar.rmp.gov.my
ii) Google playstore – https://play.google.com/store/apps/details…
iii) Apple store – https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016
iv) Huawei Appstore – https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205

Bagi mengelak penularan jangkitan pendemik Covid-19 semua kaunter pembayaran saman di seluruh Ibu Pejabat Polis Daerah dan Kontinjen akan ditutup sementara semasa pengurangan saman ini bakal diberikan.

PDRM berharap pengurangan kompaun saman ini akan membantu orang ramai yang terkesan semasa musim pkp ini dalam menjelaskan saman-saman mereka yang tertunggak pada masa sukar pandemik Covid-19 ini.

Baca Juga : Permohonan Rumah PPR (Program Perumahan Rakyat) Online 2021

Penafian – Semua artikel portalamalaysia share diatas hanyalah panduan tutorial dan rujukan artikel related dengan “Diskaun Saman Trafik Sehingga 50% Bermula 18 Jun – 18 Julai 2021” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!