Home » Semakan » Diskaun Saman JPJ 70% Sempena Bulan Kemerdekaan Bermula 18 Ogos 2021

Diskaun Saman JPJ 70% Sempena Bulan Kemerdekaan Bermula 18 Ogos 2021

Diskaun Saman JPJ Sehingga 70% Sempena Bulan Kemerdekaan 2021

Berita baik bagi semua rakyat Malaysia! Mulai dari 18 Ogos 2021, diskaun 70 peratus akan bermula yang ditawarkan oleh JPJ bagi pembayaran saman.

Makluman dari pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia itu, pemberian diskaun kepada orang ramai ini adalah bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia.

Portal Malaysia ingin berkongsi maklumat lanjut tentang tawaran pengurangan 70% saman JPJ bagi bulan Kemerdekaan Malaysia pada tahun 2021.

Cara Dapatkan Diskaun Saman JPJ 70% Mulai 18 Ogos 2021

Pembayaran saman boleh dibuat melalui saluran-saluran berikut:

  • Semua pejabat JPJ Negeri, Cawangan & UTC
  • Kiosk JPJ
  • Portal MySikap

Orang ramai digalakkan untuk membayar saman mereka menerusi Portal MySikap secara dalam talian bagi mengelakkan kesesakan di kaunter.

Baca Juga : Cara Renew Lesen Memandu Online Melalui MyEG. Senang Dan Mudah Sampai Terus Ke Rumah!

CARA BUAT SEMAKAN SAMAN JPJ

Untuk membuat semakan saman JP secara online seperti berikut:

  1. Sila layari Portal Rasmi JPJ di pautan berikut: https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman 
  2. Sila tekan pada butang Pilihan Carian & pilih sama ada anda ingin membuat semakan mengikut:
    • No ID anda
    • No ID & No Kenderaan
  3. Pilih Kategori ID dan taipkan Kod Sekuriti yang telah dipaparkan.
  4. Saman JPJ akan dipaparkan di skrin sekiranya ada.

Anda juga boleh membuat semakan & bayaran melalui Portal MySikap JPJ.

CARA BUAT BAYARAN SAMAN DAN DISKAUN 70% (2021)

Untuk membuat pembayaran saman online melalui MySikap, boleh ikuti langkah berikut:

  1. Sila Layari Portal MySikap https://public.jpj.gov.my/public/login.
  2. Sekiranya anda ada ID, boleh login seperti biasa. Jika masih belum ada ID, klik log masuk untuk kali pertama.
  3. Setelah andaberjaya login, pilih pada menu Kesalahan & Penalti.
  4. Tekan pada butang Cari untuk lihat saman yang anda ada.
  5. Paparan saman akan ditunjukkan pada skrin. Lihat pada status kompaun, Boleh Dikompaun bermakna boleh dibayar.
  6. Bila sudah klik pada kotak kecil, jumlah saman akan dipaparkan.
  7. Pilih kaedah pembayaran anda.
  8. Buat pembayaran & teruskan proses pembayaran sehingga selesai.
  9. Tekan pada butang Teruskan & masukkan nombor TAC sampai berjaya.
  10. Resit akan dipaparkan apabila proses pembayaran sudah selesai.

Baca Juga : Lesen memandu anda mati ketika PKP? MySikap (JPJ) renew lesen secara online lebih mudah

Sila Rujuk langkah-langkah bergambar di bawah:

LANGKAH 1: LOG MASUK

LANGKAH 2: PILIH MENU KESALAHAN & PENALTI

LANGKAH 3: LIHAT BUTIRAN SAMAN

Sekiranya mahu check saman untuk orang lain dan bayar, pilih no pengenalan lain disebelah kanan.

LANGKAH 4: BUTIRAN SAMAN

LANGKAH 5: PILIH KAEDAH PEMBAYARAN

LANGKAH 6: TERUSKAN PEMBAYARAN

SELESAI

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi https://public.jpj.gov.my/ ataupun hubungi talian hotline JPJ di 03 8000 8000.

Penafian – Semua artikel admin share diatas merupakan tutorial dan rujukan yang berkaitan dengan “Diskaun Saman JPJ 70% Sempena Bulan Kemerdekaan Bermula 18 Ogos 2021” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!