Home » Isu Semasa » Diskaun Saman 80% PDRM Dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021

Diskaun Saman 80% PDRM Dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021

Berita baik bagi anda! Untuk memudahkan urusan semua pihak, pihak PDRM telah melanjutkan tempoh untuk semua rakyat Malaysia mendapatkan diskaun bayaran saman yang pada mulanya ditawarkan mulai 9-12 Disember ini bersempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Dalam kenyataan terkini pada 12 Disember 2021, YDH IG Tan Sri Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani, Ketua Polis Negara telah mengumumkan bahawa tempoh pengurangan kadar kompaun saman 80% akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 bagi membolehkan semua rakyat Malaysia menikmati diskaun ini.

Perkara ini dimaklumkan oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM melalui sebuah hantaran di media sosial Facebook.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Baca juga: Cara check saman

Dalam kenyataan tersebut, dimaklumkan bahawa orang ramai boleh menjelaskan saman melalui 4 kaedah berikut:

  1. Di Semua Kaunter Bayaran Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Serta Daerah Seluruh Negara.
  2. Portal Dan Aplikasi Mudah Alih Mybayar Saman
  3. Pejabat Pos Malaysia
  4. ATM Maybank
Disclaimers – Bahan artikel admin share dihalaman ini merupakan panduan tutorial dan rujukan yang related dengan “Diskaun Saman 80% PDRM Dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!