Home » Bantuan » Diskaun Saman 80% 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia Bermula 9 Disember

Diskaun Saman 80% 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia Bermula 9 Disember

Diskaun Saman Hingga 80% Sempena Hari Aspirasi Keluarga Malaysia

Bersempena dengan sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menawarkan pengurangan bayaran saman.

Bagi saman yang dikeluarkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya ditawarkan pengurangan sehingga 80%, manakala selain daripada itu, ditawarkan diskaun sehingga 70%.

Kaunter pengurangan bayaran saman akan dibuka di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 9 Disember hingga 12 Disember 2021 bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Tawaran saman ini sah di lokasi dan tarikh yang dinyatakan seperti di atas serta tertakluk pada terma dan syarat.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Diskaun Saman PDRM

Semua saman LAYAK mendapat pengurangan KECUALI:

  1. Saman Kemalangan Tahun 2021
  2. Saman Berstatus NC (Non-Compoundable)
  3. Saman Berstatus Bicara Mahkamah
  4. Saman Berkait Kenderaan Lori
  5. Saman Kesalahan Potong Secara Berbahaya / Potong ‘Q’ Tahun 2021
  6. Saman Kesalahan Menggunakan Lorong Keceasan Tahun 2021
  7. Saman Kesalahan Melanggar Lampu Isyarat Merah Tahun 2021
  8. Saman Kesalahan Potong Garisan Berkembar Tahun 2021
  9. Saman Kesalahan Pengubahsuaian Ekzos Kenderaan

Diskaun Saman JPJ

Kunjungi kaunter JPJ (Booth No.15 – Kementerian Pengangkutan Malaysia) di Hall 1 & 4, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 – 12 Disember 2021 dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

JPJ juga menawarkan diskaun 80% pengurangan kadar kompaun saman yang boleh dikompaun (kecuali kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan) dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Semoga warga Malaysia memperoleh manfaat daripada pengurangan saman ini.

NOTA:

Bagi yang tidak dapat hadir ke KLCC, anda juga boleh mendapatkan diskaun saman yang sedang berlangsung di beberapa negeri pada bulan Disember ini.

Boleh rujuk disini: Tawaran Diskaun Saman Trafik 50% Untuk Bulan Disember 2021

Disclaimers – Semua yang kami share dihalaman ini sekadar panduan dan ringkasan yang berkaitan dengan “Diskaun Saman 80% 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia Bermula 9 Disember” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!