Tujuan ianya dibuat untuk rakyat, selepas dua tahun beraya secara berjauhan dan ramai yang merancang untuk balik kampung pada tahun ini.
Baca juga:
- Rancang Waktu Perjalanan Balik Kampung Aidilfitri Dengan PLUS
- Bantuan Sumbangan Aidilfitri Fakir Miskin Sebanyak RM1,000
Tarikh Kuatkuasa Tol Percuma:
Tol percuma diberikan melibatkan Lebuhraya PLUS dan juga LPT dari 12 tengah malam, 30 April 2022 sehingga 11.59 malam 1 Mei 2022 kepada semua kelas kenderaan.
Disamping itu, tol percuma turut diberikan untuk pulang kembali selepas beraya di PLUS dan juga LPT, bermula 12 tengah malam 7 Mei 2022 hingga 11.59 malam 8 Mei 2022 untuk semua kelas kenderaan.
Sementara itu, tawaran diskaun tol atara 30% ke 50% akan diberikan pada lebuhraya yang lain.
Maklumat Tambahan:
Diharapkan dengan pemberian tol percuma dan diskaun tol sempena perayaan Aidilfitri tahun ini akan memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri bersama-sama orang tersayang.
Keputusan kerajaan ini juga mengambil kira impak pandemik kepada sumber pendapatan sebahagian besar Keluarga Malaysia sebelum ini dan bagi mengurangkan bebanan pengguna lebuh raya khususnya golongan berpendapatan rendah.
Pada masa sama, saya berharap kita sebagai Keluarga Malaysia dapat bertoleransi dan sentiasa bersabar dengan kehadiran jutaan kenderaan di lebuh raya sepanjang musim perayaan yang bakal tiba ini. Pandulah dengan cermat dan sentiasa berhati-hati di jalan raya.