Home » Gosip Artis Malaysia » Tahniah! Dira Abu Zahar Sah Jadi Wakil Rakyat DUN Rim , Menang Dengan Bilangan 4,037 Undi.

Tahniah! Dira Abu Zahar Sah Jadi Wakil Rakyat DUN Rim , Menang Dengan Bilangan 4,037 Undi.

Datuk Khaidiriah Abu Zahar atau yang dulu dikenali dengan Dira Abu Zahar yang lahir pada 2 Mac 1984 merupakan seorang  pelakon, pengacara dan pengarah yang cukup terkenal di Malaysia.

Dira pernah menjadi pengacara di rancangan televisyen Fulus Mania, Jom Ronda bersama Proton dan Melodi.Dan antara drama yang pernah dilakonkannya termasuklah Delima, Cinta Tanpa Suara, Rona Roni Makaroni, Merah Putih, Seratus Hari jadi, Tower 13, Aki Nabalu, Arjuna, Perempuan, Dua Kali Mencintai Mu, Crossings dan Aku Bukan Dia.

Dira juga turut terbabit dalam persembahan teater Kompilasi Vol II (Legasi) dan Tanda.
Malah turut terbabit dalam penulisan skrip untuk filem drama Syawal Aku Dan Dia di TV AlHijrah.
Dira juga pernah menyertai rancangan Sehati Berdansa, sebuah program realiti tarian terbitan Astro.

Beberapa lakonannya dalam filem, seperti Untuk Tiga Hari, Chow Kit, Kil, Lari, dan Longkai.

Selain itu, Dira pernah menjadi pengarah dengan mengarahkan pementasan teater Mencari Sumaiyah yang memulakan pementasannya di Istana Budaya, Kuala Lumpur dan sebuah drama sitkom untuk Astro Warna, 3 Dara Kg.com yang dibintangi oleh Scha Al-Yahya, Marsha Londoh dan Eina Azman.

Dira juga adalah anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka kelapan iaitu Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Haji Isnin yang menjawat jawatan itu dari 23 Mei 1997 hingga 2 Disember 1999.

Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, dan mempunyai hobi menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Dira yang mula menceburi bidang politik selepas tidak terlalu aktif dalam bidang lakonan dan pengacaraan. Dira juga telah menjadi artis wanita pertama yang menjadi wakil rakyat selepas menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim.

Mengikut jejah langkah bapanya, bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Haji Isnin yang menceburi bidang politik, Dira mula menyertai Puteri UMNO dengan menjawat jawatan sebagai Exco dari 2015 hingga 2018.

Pada 2018, Dira diumumkan sebagai Ketua Puteri UMNO Bahagian Jasin pada mesyuarat perwakilan pergerakan itu dan menang tanpa bertanding bagi jawatan berkenaan untuk penggal 2018-2021.

Pada 1 November 2020, Dira merupakan antara 298 individu yang menerima darjah dan pingat kebesaran pada sesi akhir Istiadat Penganugerahan Darjah dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena ulang tahun ke-71 Yang DiPertua Negeri Melaka, Mohd Ali Rustam, dengan membawa gelaran Datuk.

Untuk PRN 2021 kali ini pula, Dira yang mewakili Barisan Nasional (BN) bahagian DUN Rim Melaka telah menang secara majoriti apabila menewaskan dua lagi calon selepas memperoleh 4,037 undi.

Manakala 2 calon lagi yang terlibat ialah Azalina Abdul Raman (PN) meraih sebanyak 2,710 undi dan calon PH, Prasanth Kumar dengan 2,163 undian.

PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran DUN Melaka yang ke-14 pada 4 Oktober 2021 lalu setelah empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan kepada kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md. Ali.

Penafian – Bahan yang portalamalaysia share dihalaman ini merupakan panduan dan rujukan ringkasan artikel related dengan “Tahniah! Dira Abu Zahar Sah Jadi Wakil Rakyat DUN Rim , Menang Dengan Bilangan 4,037 Undi.” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes