Dipercayai Tak Mampu Jaga, Lelaki Didakwa Buang Isteri Hidap Stroke Dalam Hutan


Seorang suami didakwa telah tergamak membuang isterinya yang terlantar sakit akibat stroke dalam hutan, dalam kejadian itu telah pun berlaku di negara Indonesia.


Memetik Tribunnews, kes tersebut menjadi bualan warganet selepas seorang individu memuat naik kisah tersebut di laman Facebook miliknya pada 9 Ogos 2022 lepas.

Menurut gambar yang dimuat naik di lama sosial, kelihatan seorang wanita yang tengah duduk di bawah sebatang pokok besar dengan hanya beralaskan sehelai kain. Malah, wanita tersebut berasal dari Desa Lewo Baru Kecamatan Malangbong ditemui berdekatan dengan kawasan hutan Cikampek.

 

Baca juga : Nama ‘Dipetik’ Dalam Live Neelofa, Fazura Tidak Mahu Komen Apa-Apa


 

Beliau mintak jasa juga menghubungi keluarganya

 

Menerusi, dia telah tiga hari ditinggalkan oleh suami dan telah dibawa keluar dari kawasan tersebut serta dibawa di pejabat perhutanan.

“Jika ada sesiapa yang mengenali beliau sama ada jiran dan sebagainya, minta jasa baik kalian untuk menghubungi keluarganya, terima kasih,” tulis Andree, lapor Tribunnews.

Pada waktu itu, ketua Kampung Lewo Wetan, Nova Wylian mengaku Ikah merupakan penduduk di kampungnya. Malah, dia dan juga suaminya telah berpindah ke Cianjur.


Memetik Tribunnews, wanita warga emas itu ditinggalkan dipercayai kerana si suami sudah tidak sanggup lagi menjaganya.

Mangsa sudah dilaporkan telah dibawa ke hospital di wilayah Karawang untuk tujuan pemeriksaan kesihatan. Keluarga kepada wanita tersebut sudahpun maklum dengan laporan itu dan akan membawanya pulang ke rumah keluarganya.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3