Dimanakah Venue Final Piala FA Bakal Berlangsung?


Final Piala FA. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Masih Menjadi Teka Teki Stadium Final Piala FA

Dua pasukan yang bakal berentap di perlawanan akhir Piala FA telah pun diketahui selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu masing-masing unggul menyingkirkan lawan masing-masing tempoh hari.


Bagaimanapun apa yang menjadi persoalan ketika ini adalah venue yang bakal dipilih untuk malam penentu pemilik kejuaraan pada tahun ini.

Seperti yang diketahui, Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang sentiasa menjadi pilihan utama untuk perlawanan akhir telah ditutup bermula Jun lalu sehingga Mac 2023 bagi memberi ruang kepada proses menaik taraf padang rumput.

Badan urus tadbir bola sepak Malaysia, Malaysian Football League (MFL) juga setakat ini masih belum memberikan kata putus.


Namun berdasarkan beberapa sumber, terdapat beberapa stadium yang sudah dikenal pasti untuk dipilih sebagai venue perlawanan akhir. Antaranya adalah Stadium Hang Jebat, Paya Rumput dan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

Seandainya faktor ‘venue neutral’ diambil kira, maka pemilihan untuk beraksi di negeri pesisir pantai timur itu sudah pasti sukar untuk dilaksanakan walaupun terdapat kemungkinan bidaan telah pun dibuat oleh pihak Terengganu.

Berdasarkan perkiraan geografi pula, pemilihan Stadium Hang Jebat dan Stadium Darul Makmur, Kuantan adalah lebih releven kerana lebih dilihat sebagai lokasi perantaraan bagi negeri Johor dan Terengganu.


Kapasiti kedua-dua stadium juga adalah hampir sama iaitu kira-kira 40,000 tempat duduk dan ia adalah jumlah yang cukup baik untuk penyokong kedua-dua pasukan memeriahkan suasana.

Bagaimanapun MFL dilaporkan akan memuktamadkan keputusannya dan membuat pengumuman dalam masa terdakat bagi memudahkan perancangan pelbagai pihak terutamanya pengurusan pasukan dan para penyokong.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3