diberikan gelaranIkon permotoran belia adalah gelaran yang diberikan kepada Haqiem Stopa, seorang pemuda yang mempunyai ramai pengikutnya yang tersendiri di Tik Tok. Namun namanya sering kali terpalit dengan pelbagai kontroversi semenjak dia menjadi sebagai ikon beberapa bulan lalu.
Haqiem Stopa tiada lesen, malah di tegur netizen
Baru-baru ini pula, perkongsian dari pemuda itu sekali lagi menarik perhatian netizen di mana dia dilihat sedang memandu kereta Nisan GT-R menerusi rakaman IG Story rakannya. Belum lagi reda isu tiada lesen memandunya itu, pemuda tersebut dilihat kembali memandu kereta menyebabkan ramai yang tertanya-tanya status lesen memandu pemuda itu.
Tindakannya yang memandu kereta itu telah membuatkan ramai mempersoalkan sama ada pemuda itu sudah mempunyai lesen memandu yang sah ataupun belum punya. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada kereta yang dipandunya adalah miliknya atau bukan, netizen mahukan kepastian sekiranya pemuda itu memandu tanpa lesen memandu seperti yang dilakukannya sebelum ini.
Haqiem Stopa kena tegur sebab tidak punyai lesen
Malah, rata-rata netizen turut memberikan pandangan mereka melihat video yang dikongsikan ini. Malah ada juga yang cuba bersangka baik mungkin juga pemuda itu sudah selesai mengambil lesen memandu selepas apa yang berlaku itu.
Baca ini juga : Neelofa Umum Jual Inai Di Shopee, Stokis Dan Agen Kecewa Kena ‘Tikam Belakang’