Janna Nick yang merupakan artis terkenal tanah air, yang mana Janna pernah membintangi banyak drama popular dan juga menjadi duta produk pernah berkongsi tentang masalah bipolar disorder yang dialaminya pada posting IG miliknya satu ketiika dahulu , akui hatinya terguris apabila dilabel orang gila oleh netizen.
Bipolar ini merupakan penyakit mental yang boleh berulang terutamanya jika tidak mengambil rawatan atau mengalami tekanan hidup.
Jangka masa kecelaruan emosi ini berbeza mengikut individu. Ada mengalami perubahan emosi yang berubah silih berganti dalam jangka masa cepat pada suatu masa dan ada juga mengalami fasa kemurungan atau fasa mania berpanjangan.Perubahan emosi tidak stabil serta ketara inilah yang menyebabkan kesukaran dalam menjalani kehidupan harian.
Secara teorinya, kecelaruan emosi ini adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan bahan kimia (neurotransmitter) di dalam otak iaitu Serotonin dan Dopamin.

Masyarakat sekarang masih lagi tidak memahami situasi sebenar pesakit mental apabila menganggap mereka kurang siuman atau dengan kata lain “gila”.
Terang Janna lagi “nitezen mengatakan saya gila , apabila saya berkongsi keadaan saya yang sering mengalami situasi kerana mendengar lima suara sepanjang hari dan bunyi bising yang menyisa saya secara mental”.
Kata Janna lagi “Tidak semua pesakit bipolar disorder itu gila. Tetapi, ada juga pihak yang memahami dan membantah tindakan netizen yang melabelkan saya orang gila”. Penyakit bipolar dialaminya tiada penawar dan dia kini bergantung dengan ubat serta mendapatkan rawatan dari pakar psikiatri yang berkenaan.
“Ramai yang tidak tahu bahawa penyakit bipolar disorder berlaku disebabkan genetik, bukanlah disebabkan tekanan kerja atau tekanan hidup” jelas Janna.Janna sudah lama sebenarnya mengalami masalah ini cuma Janna sedikit lambat mendapatkan rawatan yang sepatutnya.
Janna menyatakan rasa terharu apabila ada rakan selebriti dan peminat yang menjadikan pengalamannya itu sebagai sumber rujukan dan semakin memahami tentang penyakit bipolar ini.
Related Posts
- “Adalah juga rasa malu “,- Normah Damanhuri
- Jasmin Hamid Mohon Netizen Jaga Adab Dan Lisan
- Kongsi Video Menari , Netizen Suruh Nora Danish Tutup “Susu”
- Video Individu Mirip Pelakon & Anak Pendakwah Terkenal Bercium Dengan Wanita ‘Viral’ Di Tik TOk
- Tahap Kesihatan Kembali Merosot, Fungsi Jantung Tinggal 10 Peratus