Digelar Dewi Remaja Paling Buruk oleh Netizen, ini nasihat Shaza Bae -“Boost your energy, creativiti dan ketepikan semua kata-kata negatif tersebut. Paling penting be better dan terbaik dari sebelumnya”


Program Dewi Remaja adalah satu program yang dinantikan setiap tahun, baru-baru ini finalis peserta Dewi Remaja bagi tahun 2022 telah pun didedahkan kepada umum.


Terkini wajah 16 gadis jelita itu telah dikongsikan di  Majalah Remaja. Yang tidak ‘sedapnya’, apabila diruangan komen ada beberapa netizen mempunyai pandangan tersendiri, namun hampir kesemuanya mengkritik yang tidak membina.

Paling mengesalkan, ada netizen memberikan komen mempersoalkan mengapa semua peserta tidak cantik. Pihak remaja.my mendapatkan pandangan daripada juara dewi remaja 2019, Shaza Bae, jom ikuti interview oleh Shaza Bae.

Berdasarkan pengalaman Shaza Bae, sebenarnya beliau juga ada terbaca kritikan tersebut dimedia sosial tapi baginya itu merupakan lumrah dan sudah menjadi ‘nanah’ dalam masyarakat kita. Dunia media sosial masa kini, terbuka mengkritik sesuatu benda sesuka hati mereka dan kebanyakkan netizen selalu merasakan mereka sentiasa betul.


Jadi itu merupakan permulaan dan ‘pembelajaran’ untuk Dewi Remaja 2022 terjun ke dunia hiburan ini dan jangan jadikan kecaman sebagai alasan bagi mencapai impian. Jika impian anda sememangnya untuk bergelar Dewi Remaja, kuatkanlah niat itu dengan usaha, keinginan dan hati yang terbuka untuk belajar selok-belok dunia hiburan yang penuh pancaroba ini, ujar Shaza Bae lagi.

“Ini baru permulaan, perjuangan sebenar bukanlah dalam program ini tetapi di dunia hiburan sebenar nanti,” simpul Shaza Bae

“Macam saya sendiri kerap mengalami ‘body shamming’, netizen pernah kutuk dan mengatakan bahawa saya juara “Dewi Remaja paling buruk dalam sejarah” waktu saya dinobatkan sebagai Juara Dewi Remaja 2019.


Namun, saya tetap berfikiran positif tanpa melatah. Belajar dan improve dari apa yang dikatakan.

“Saya cuba jadi lebih baik dengan menjaga badan, jaga pertuturan, jaga pergaulan dan sentiasa berfikiran positif.” tambah Shaza Bae lagi.

“Saya rasa, kalau orang nak ‘body shaming’ kita, kita maafkan sahaja tapi kita perlu buktikan kita lebih baik dari apa yang mereka katakan.


“Üntuk adik-adik Dewi Remaja 2022, anggap sahaja netizen sentiasa betul. Kalau muka cantik nanti ada pula suara-suara mempertikaikan bakat pula,dorang cakap muka je cantik tapi bakat tak ada. Jadi, semua serba salah jadinya.

“Boost your energy, creativiti dan ketepikan semua kata-kata negatif tersebut. Paling penting be better dan terbaik dari sebelumnya.” ujar Shaza Bae penuh inspirasi!




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3