Didi Berpeluh Pakai Pelitup Muka Dan Rambut Palsu Untuk Seiras Zizi.


Berpeluh habis Didi Astillah pakai pelitup muka, rambut palsu untuk sambung kerja Zizi Kirana

Selaku pengganti yang membawakan watak ketua mafia dalam drama Jamu Nesan bagi menggantikan penyanyi Zizi Kirana bukan sesuatu yang mudah buat penyanyi dan pelakon Didi Astillah.

Dayang Nazilah Awang Astillah atau nama manjanya didi berkata, dia berdepan pelbagai cabaran kerana terpaksa memakai pelitup muka sepanjang penggambaran yang berbaki 30 peratus itu.

Didi yang sudah menginjak usia 25 tahun itu juga memberitahu, dia perlu memakai rambut palsu bagi kelihatan sama seperti rambut Zizi Kirana yang panjang dan hitam

Jelas didi “Masa saya dapat tawaran itu, saya terfikir juga macam mana nak buat. Sebab Zizi dah lakukan separuh dan saya perlu sambung. Tapi bila saya duduk berbincang dengan Datuk Rafiena dan dia pun explain, barulah saya faham.

Disebabkan Zizi sudah shoot untuk separuh episod, jadi saya terpaksa menutup muka dan memakai pakai face mask sepanjang masa penggambaran. Bayangkan ada satu babak kena shooting tengah panas dan saya kena pakai face mask penuh.

Kata didi lahi”Nak bercakap pun susah sangat, terpakasa sebut sesuatu perkataan itu dengan sangat jelas dan satu persatu. Selain itu, saya dengan Zizi pun ada perbezaan rambut. Jadi bila ada babak yang kena lepaskan rambut, saya terpaksa pakai rambut palsu yang sama dengan zizi,

Zizi yang digantikan oleh didi selepas zizi didakwa melanggar kontrak dan gagal menyelesaikan baki penggambaran drama Jamu Nesan arahan penerbit Datuk Rafiena kerana sudah bertudung.

Adik kepada selebriti popular, Bella Astillah ini meluahkan rasa teruja apabila diberikan peluang untuk membawa watak yang berbeza daripada lakonannya sebelum ini.

Pada awalnya, didi berdepan dengan pelbagai cabaran, namun pelakon drama siri Perisik Cinta Tak Diundang ini berkata dia mendapat bimbingan daripada Rafiena dalam membawa karekternya yang mencabar.

“Ini adalah pertama kali saya membawakan watak sebagai ketua mafia. Sebelum ini, saya hanya dapat watak yang selamat sahaja, watak seorang wanita yang lembut. Tapi kali ini memang berbeza sangat dan saya suka dengan watak itu”.

Dari hari pertama penggambaran memang agak sukar juga tapi Datuk Rafiena banyak membantu macam mana nak bawa karekter saya.


Didi berselorah “Sampai sekarang saya jadi terbawa-bawa watak itu ke rumah. Saya terikut cara bercakap dan cara duduk. Alhamdulillah, saya bersyukur diberi peluang untuk bawa watak ini,” ujarnya.

Penafian – Semua artikel kami share diatas hanyalah tutorial dan rujukan ringkasan yang related dengan “Didi Berpeluh Pakai Pelitup Muka Dan Rambut Palsu Untuk Seiras Zizi.” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia