Di Tangkap Menggunakan Lesen Terbang

Sebuah posting di akaun Facebook Traffic And Highway Patrol Command –  NSW Force, pihak berkuasa di New South Wales, Australia telah menahan seorang wanita warga Malaysia. Wanita yang berumur 26 tersebut ditahan di Murrumbidgee Avenue Griffith kerana memandu pada kelajuan 113 km/j pada zon 100 km/j.

Di Tangkap Menggunakan Lesen Terbang 2

Kejadian berlaku pada 22 Disember 2021, tepat jam 2.00 petang. Setelah wanita tersebut ditahan dia menunjukkan sekeping kad yang menyerupai lesen memandu Malaysia, tetapi semakan mendapati dokumen tersebut merupakan lesen palsu berdasarkan nombor siri yang meragukan

Di Tangkap Menggunakan Lesen Terbang 3

 

Dikatakan wanita warganegara Malaysia tersebut telah menetap di New South Wales sejak 6 tahun yang lalu.

Pihak berkuasa disana telah mengeluarkan Tiga notis telah pemandu wanita itu iaitu, Pertama tidak ditemani oleh pemandu berlesen/pegawai polis atau penguji. Kedua, Tidak mempamerkan plat L seperti yang diperuntukkan. Dan yang ketiga ialah Pemegang Lesen L memandu melebihi had kelajuan yang dibenarkan.

Setelah siasatan lanjut dilakukan bersama Interpol, pihak mereka telah mengesahkan bahawa lesen memandu wanita tersebut adalah dokumen yang telah dipalsukan.

Di Tangkap Menggunakan Lesen Terbang 4

Ketika ditanya, wanita yang memandu Honda Accord hitam itu mengakui dia meminta bantuan dari seseorang untuk mendapatkan lesen palsu tersebut. Wanita itu telah disabitkan ke Griffith Local Court pada 13 April 2022 atas sebab yang disebutkan tadi.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3