Demi Mane Senegal Panggil Bomoh!


Senegal dilaporka mahu mencari bomoh untuk sembuhkan segera Sadio Mane bagi menghadapi kempen Piala Dunia Qatar.



Pemain penyerang Bayern Munich itu telah mengalami kecederaan yang tidak dapat dielakkan sebelum Piala Dunia bermula.

Kecederaannya dilaporkan memerlukan beliau disisihkan sekurang kurangnya 4 minggu ataupun sebulan.

Sila Baca Disini : PJ City Tidak Akan Bertanding Lagi!


Demi Mane Senegal Panggil Bomoh!

Setiausaha Agung FIFA dari Senegal, Fatma Samoura menyatakan perkara itu menerusi wawancara bersama Europe 1. Beliau berkata, mereka akan melakukan apa sahaja untuk memastikan Sadio Mane bermain dalam temasya Piala Dunia 2022.


Menggunakan khidmat bomoh adalah bukan perkara yang asing bagi orang Afrika. Mereka masih ada kepercayaan yang kuat kepada bomoh dan dukun mereka.

Beberapa bulan yang lalu, Paul Pogba yang berdarah Afrika telah mengakui beliau membelanjakan jutaan dollar untuk mengupah bomoh bagi melindunginya daripada kecederaan.


Dengan kaedah rawatan moden pula sudah memberikan tempoh kesembuhan Mane bahawa paling awal sembuh sekitar 4 minggu, Fatma berkata mereka kini mencari ikhtiar lain dengan mencari bomoh yang boleh menghilangkan kesakitan Mane tersebut.

Mereka mahu Mane berada dalam pesawat pasukan yang akan ke Qatar serta dapag beraksi untuk negaranya nanti.


Dalam aksi berdepan Werder Bremen sebelum ini, pemain berusia 30 tahun itu sempat beraksi 20 minit sahaja. Beliau kemudian terduduk di atas padang menyatakan bahawa kakinya berasa sakit dan khuatari telah cedera.


Fatma Samoura berkata“Ia berita yang sangat besar, mengejutkan dan menyedihkan.”

“Kami akan pertimbangkan akan menggunakan khidmat dukun terbaik kami untuk merawatnya,” tambah beliau lagi.

Ditanya sama ada beliau yakin bahawa kaedah tersebut akan membantu, Samoura berkata: “Saya tidak tahu tetapi dalam apa jua keadaan kali ini kami akan merayu mereka. Kami berharap akan keajaiban, beliau harus berada di sana.”


Satu lagi laporan menyebut bahawa, pengurus Senegal, Alliou Cisse akan tetap menyertakan Sadio Mane di dalam pasukannya sekalipun jika tidak boleh beraksi.

Cisse sedia membawa Mane sebagai pemain pasukan dan kalau boleh hanya beraksi bermula pada aksi ketiga, jika pemain itu dapat pulih lebih cepat daripada jangkaan awal.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3