Setelah beberapa bulan isu tentang kemelut rumahtangga antara pelakon jelita , Puteri Sarah dan suaminya Syamsul hangat diperkatakan di media sosial.
Kini Datuk Yusof Haslam pula ditanya mengenai hubungan mereka dan diminta mengulas lebih lanjut mengenai isu rumah tangga anaknya dan menantu perempuannya itu.
Sebelum ini , Puteri Sarah yang sudah beberapa kali mengulas dan meluahkan rasa tertekan malah sangat kecewa kerana sudah lama diganggu oleh pihak ketiaga tersebut yang masih mengganggu rumhatangganya.
Malah terdapat isu terbaru yang timbul apabila ada yang mengatakan Syamsul Yusof bakal berkahwin lagi dalam masa tedekat dengan seorang wanita yang dikenalinya sejak empat tahun lalu.
Yang mana wanita tersebut adalah wanita yang dikenali ramai dan juga merupakan anak kepada seorang selebriti terkenal dan popular di Malaysia.
Baru – baru ini dalam satu temubual Datuk Yusof Haslam menjelaskan dirinya tidak mahu membuat apa- apa kenyataan yang bole menyebabkan isu ini semakin berlanjutan.

“Sebagai seorang ayah kita mesti terasa, sebagai orang tua saya mendoakan anak-anak saya dilindungi Allah, buatlah sesuatu pilihan bukan silaplah.”
“Saya tak boleh cakap berita benar, saya pun baca dekat media sosial sahaja. Saya harap benda tu tidak menjadi kenyataan. Saya dan Datin sayangkan rumah tangga anak saya, menantu saya, besan saya,” katanya.
“Kita sebagai orang tua hanya boleh memberikan nasihat, mendoakan yang terbaik. Itu sahaja. Sebab saya tak boleh bagi komen menyebelahi menantu saya, anak saya. Saya kena tengah-tengah. Dua-dua kita sayang,” katanya.
Sebelum mengakhiri temubual tersebut , beliau turut meninggalkan pesanan buat menantu perempuannnya itu agar terus tabah dan sabar dalam mempertahankan rumah tangganya.
“Saya cuma doakan mudah-mudahan Sarah kuatkan semangat ya, kalau boleh pertahankan rumah tanggalah. Semoga Sarah terus tabah, istiqamah dan hadapi dengan tenang.”
“Walaupun saya tahu bercakap memang mudah, menanggungnya di bahunya sendiri. Saya harapkan yang terbaik untuk Sarah, menantu saya,” titipnya.”
Datuk Yusof Haslam dan isteri sering dilihat bersama dan mengambil berat tentang Puteri Sarah malah sangat rapat dan memanjakan cucu – cucunya itu .