Mesej dalam lagu dan konsep persembahan telah memberikan kelebihan berganda kepada Shahir Zawawi sehingga mampu meraih gelaran juara pertama bagi program realiti Tv iaitu, Hiijrahkan Laguku yang disiarkan melalui TV AlHijrah.
Lagu bertemakan Langit Tanpa Bintang telah membawa kemenangan kepada Shahir dengan dua lagu iaitu Madahku secara solo dan Perjalanan Jiwa yang didendangkan bersama Datuk Nash, membolehkan bekas juara Akademi Fantasia (AF) ini membawa pulang wang bernilai RM100,000.
Dalam pentas akhir itu juga turut menjadi kejutan besar apabila tiada naib juara diumumkan. Sebaliknya, finalis lain iaitu Nash, Iwan Syahman dan Mark Adam masing-masing memenangi wang tunai sebanyak RM20,000.
Pada malam kemuncak akhir program tersebut, Iwan yang suatu ketika dahulu terkenal dengan irama dangdut, menerima Anugerah Sawa’ Assabil dengan ganjaran wang tunai sebanyak RM3,000 dan akan diwakafkan kepada badan kebajikan.
Dalam majlis penyampaian hadiah, ianya telah disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad dan diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris.
Kesemua persembahan peserta dibahagikan kepada dua fasa yang mana pada peringkat pentas akhir mengangkat tema cerita berpaksikan “Pesanku” manakala tema lagu pula, “Dari Hati Ke Hati”.
Program tersebut dikendalikan oleh pengacara hebat tanah air iaitu Faizal Ismail bergandingan bersama Bell Ngasri yang mana program ini adalah berkonsepkan dakwah menerusi lagu dengan menggunakan format markah 80 peratus juri profesional dan 20 peratus marhag daripada pilihan penonton.
Manakala Hijrahkan Laguku diadili komposer Fauzi Marzuki selaku ketua juri dan dibantu Hazamin daripada kumpulan Inteam malah kehadiran Ustaz Don Daniyal Don Biyajid pula bertindak sebagai penceramah jemputan.
Para penonton yang hadir juga turut dihiburkan dengan persembahan istimewa Zamani, Cat Farish dan Mawi pada malam tersebut.
Program ini telah disirkan selama 8 minggu fi Tv Al Hijrah, Hijrahkan Laguku turut menampilkan Adam, Zaf VE, Zack Kool dan Rahmad Mega sebagai peserta dalam program tersebut.
Related Posts
- Shuib Akui Sedang Kenal Hati Budi Seseorang
- Digelar Dewi Remaja Paling Buruk oleh Netizen, ini nasihat Shaza Bae -“Boost your energy, creativiti dan ketepikan semua kata-kata negatif tersebut. Paling penting be better dan terbaik dari sebelumnya”
- “Kerap Sesak Nafas”, – Bob Lokman
- Perkongsian Video Terbaru Daripada Noor Nabila Jawab Persoalan Netizen Tentang Rumahtangganya
- Baby Shima Bergelek Sakan Dengan Pakaian Ketat , Penonton Jadi Malu Tengok Persembahan