Jom Daftar Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT B40 Pakej Peranti Siswa


Untuk makluman, pendaftaran Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang diumumkan dalam Bajet 2022 akan bermula pada pertengahan April 2022.

Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membantu dalam menyelaras pelaksanaan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia khusus untuk pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dari golongan B40 untuk memiliki sebuah peranti tablet bersama data jalur lebar mudah alih.


Pengenalan pakej yang dibentangkan dalam Bajet 2022 baru-baru ini adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk memastikan rakyat terutamanya pelajar IPT mempunyai peranti dan akses Internet pada kos yang berpatutan.

Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).

Program ini dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 pelajar di seluruh negara.


Tarikh Pendaftaran

Tempoh permohonan pakej Perantisiswa ini akan bermula pada pertengahan April 2022.

Proses perolehan bagi inisiatif ini sedang dibuat dan dijangka dapat disempurnakan pada bulan Mei 2022, seterusnya akan mula dilaksanakan pada bulan Jun 2022.

Baca juga: Bantuan BKM Fasa 1 Dah Masuk


Kelayakan Tablet Percuma Pakej PerantiSiswa

Pelajar IPT sepenuh masa dari keluarga B40 layak untuk menikmati tawaran pakej tablet percuma ini.

Perincian kelayakan adalah seperti berikut:

  • Mahasiswa yang berada dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850.

Mahasiswa yang belajar di peringkat pengajian berikut:


  • Diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda daripada universiti awam (UA)
  • Politeknik
  • Kolej Komuniti
  • Institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Syarikat Telekomunikasi Yang Terlibat

Pada masa ini, syarikat telekomunikasi yang terlibat adalah :

  1. Celcom Axiata Berhad (Celcom)
  2. Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi)
  3. Maxis Berhad (Maxis)
  4. U Mobile Sdn Bhd (U Mobile)
  5. Telekom Malaysia Berhad (TM) dan
  6. YTL Communications Sdn Bhd (YES).

Permohonan

Pihak IPT akan diberi taklimat lanjut oleh KKMM dan KPT untuk kelancaran pelaksanaan inisiatif ini.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3