Daftar Kelahiran Online JPN – Cara Mudah!

Cara Mudah Daftar Kelahiran Online JPN. Jika anda risau untuk mendaftar kelahiran di JPN sepanjang tempoh PKP, kini tidak lagi! Anda boleh mendaftar secara atas talian di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Baca Juga : GKP 3.0 RM1000 One-off

Portal Malaysia akan kongsikan cara mendaftar secara online, sila baca sampai habis.

Cara Permohonan Pendaftaran Kelahiran Online JPN


  1. Layari Portal JPN : https://www.jpn.gov.my
  2. Pemohon boleh klik di bawah menu Perkhidmatan “Dalam Talian” (anda boleh terus scan QR code di poster di bawah).
  3. Pengguna akan dibawa ke alamat https://osldftrhr.jpn.gov.my
  4. Pemohon boleh melakukan pendaftaran di Portal MyGovernment terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk log masuk ke sistem.
    i. Klik pada butang Daftar Pengguna Baru untuk mendaftar kali pertama atau boleh juga;
    ii. Klik Log Masuk jika anda sudah mendaftar
  5. Laman pendaftaran pengguna baru akan dipaparkan.
  6. Pengguna baru mesti mengisi dengan lengkap dan tepat kesemua maklumat yang diperlukan bagi proses pendaftaran
    i. Isi nama penuh dan lengkapkan dengan nama yang sama seperti di kad pengenalan &;
    ii. Alamat emel yang di berikan mestilah wujud bagi tujuan penghantaran notifikasi pengaktifan pendaftaran akaun anda.
  7. Pengguna akan menerima emel dari [email protected].
  8. Untuk aktifkan akaun sila klik pada butang tertera.
  9. Setelah klik pada pengesahan pendaftaran yang telah diemelkan, pemohon akan dipaparkan ke halaman utama web, di sini pemohon perlu mencipta kata laluan, mengesahkan kata laluan dan teks pengesahan (CAPTCHA) bagi proses pengaktifan akaun pengguna.
  10. Sekiranya berjaya sila klik seterusnya untuk log masuk kali pertama.
  11. Sebagai pengguna baru sistem, pengguna perlu memasukkan No MyKad atau emel dan kata laluan yang telah didaftarkan
  12. Kemudian pengguna akan dibawa ke laman utama sistem setelah pengguna berjaya log masuk.

daftar-kelahiran-online-jpn

 

Baca juga: Daftar & Dapat Insentif RM480 Setahun Untuk Suri Rumah

 

 

Cara Isi Borang Daftaran Kelahiran Online JPN


  1. Pengguna perlu membaca kesemua terma & syarat yang telah disenaraikan oleh JPN.
  2. Jika pengguna setuju dengan terma & syarat yang disenaraikan, klik pada butang
  3. JIka pengguna setuju untuk meneruskan permohonan.
  4. Sila melengkapkan borang tersebut, dan tekan butang “Seterusnya”.
  5. Teruskan dengan klik butang pada “Daftar”.
  6. Lengkapkan status Taraf Perkahwinan anda dan tekan butang “Daftar”.
  7. Pengguna akan dipaparkan Paparan berjaya didaftarkan dan sila klik butang Cetak Slip Permohonan.
  8. Maklumat penting bagi pemohon, sila hadir dalam masa 60 hari ke pejabat JPN berdekatan setelah mendaftar online.

*Anda boleh merujuk manual JPN di SINI. Untuk info lanjut boleh ke laman rasmi Jabatan Pendaftaran Negara https://www.jpn.gov.my

Info lanjut


Maklumat lanjut cara pendaftaran kelahiran secara online JPN atau sistem perkhidmatan online yang lain, anda boleh hubungi Jabatan Pendaftaran Negara di nombor berikut:

03-8000 8000


Leave a Comment

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3