- 2.0Kshares
- Telegram
- Facebook Messenger
i-Saraan KWSP
i-Saraan KWSP adalah caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan) membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.
Tujuan i-Saraan
- Menyediakan saluran untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan.
- Meningkatkan jumlah orang yang bekerja sendiri menabung dengan KWSP
- Menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada orang yang bekerja sendiri melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka.
- Mengurangkan jumlah warga tua yang bergantung kepada peruntukan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Baca juga : Bantuan Suri Rumah, Jom Mohon i-Suri KWSP
Syarat Kelayakan i-Saraan KWSP
- Warganegara Malaysia
- Ahli KWSP
- Umur 55 tahun ke bawah
- Individu yang bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap, suri rumah dan pekerja berpencen
- Telah membuat pilihan i-saraan
Peringatan Penting: Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Suri (Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP), anda perlu membatalkannya sebelum membuat permohonan baru bagi i-Saraan.
Cara Pendaftaran i-Saraan KWSP
Jika anda layak, sila ke cawangan KWSP terdekat.
Sila bawa Mykad serta dua borang seperti berikut. Muat turun borang pendaftaran dibawah :
- Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
- Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)
Maklumat Lanjut
Sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungi di talian : 03-89226000
ATAU
Sila ke portal rasmi KWSP di pauntan ini : www.kwsp.gov.my