- 1.8Kshares
- Telegram
- Facebook Messenger
Mengundi adalah suatu kewajiban bagi setiap warganegara yang layak untuk memilih kerajaan untuk memerintah negara melalui pemilihan wakil rakyat untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri.
Kini pendaftaran pengundi baru dan pertukaran alamat kawasan mengundi kini boleh dilakukan melalui portal MySPR Daftar dengan mudah secara atas talian. Permohonan sebagai pengundi secara online di MySPR Daftar hanya boleh dilakukan oleh warganegara Malaysia yang tidak bekerja sebagai polis atau tentera. Untuk makluman pendaftaran secara online ini tidak boleh dilakukan oleh warganegara Malaysia yang sedang berada di luar negara. Anda perlu mendaftar secara manual sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH).
Jenis Pendaftaran:
SPR menjalankan 2 jenis pendaftaran pemilih iaitu:
1. Pendaftaran Baru
- Pendaftaran pemilih buat pertama kali.
2. Pendaftaran Tukar Bahagian Pilihan Raya
- Permohonan pemilih berdaftar untuk mendaftarkan alamat tempat tinggalnya yang baru.
- Sekiranya seorang pemilih berpindah ke tempat baru dan mendaftarkan pertukaran alamat tersebut di SPR, maka Bahagian Pilihan Raya beliau akan ditetapkan mengikut pendaftaran alamat baru itu.
Syarat Kelayakan:
Antara syarat kelayakan pendaftaran pemilih ialah:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas.
- Bermastautin di kawasan pilihan raya yang ingin didaftarkan
- Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang pihak berkuasa.
3 Langkah Mudah Daftar Pengundi Online:
- SPR telah melancarkan portal terbaru MySPR Daftar bagi memudahkan rakyat Malaysia mendaftar sebagai pengundi / pemilih secara online.
- Pemohon boleh membuat melalui portal ini hanya dengan 3 langkah mudah:
- Semakan.
- Pendaftaran.
- Memohon pertukaran alamat kawasan mengundi.
Langkah 1: Permohonan Akaun Pengguna
Sila layari laman web https://mysprdaftar.spr.gov.my/
Untuk login ke sistem tersebut, pengguna perlu membuka akaun terlebih dahulu.
Klik pada ‘Permohonan Akaun Baru’.
Untuk membuka akaun MySPR Daftar, sila sediakan beberapa maklumat tambahan seperti berikut:
- Nombor telefon bimbit yang sah.
- Emel yang sah.
- Gambar depan kad pengenalan.
- Gambar swafoto bersama kad pengenalan.
Permohonan yang dihantar pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari hari bekerja, permohonan akan diproses pada hari yang sama.
Manakala bagi permohonan yang dihantar selepas jam 12.00 tengahari hari bekerja atau hari cuti termasuk Hari Kelepasan Am, akan diproses pada hari bekerja berikutnya.
Pegawai SPR akan semak pendaftaran akaun secara manual.
Sebaik disahkan benar, satu emel pengaktifan akaun akan dihantar ke emel anda.
Langkah 2: Pengaktifan Akaun Pengguna
Apabila maklumat permohonan akaun pengguna telah disahkan, anda boleh login MySPR Daftar untuk mengisi borang pendaftaran pemilih secara online.
Login menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
Langkah 3: Isi Borang A
Selepas berjaya login, klik ‘Status Saya’.
Sekiranya anda belum didaftar sebagai pemilih, klik Borang A (Pendaftaran Baru / Pertukaran Alamat).
Isi kesemua maklumat yang diminta kemudian klik pada butang ‘Hantar’.
Cara Semakan Daftar Pemilih Online:
Bagi yang telah mendaftar tapi ingin membuat semakan, sila ikuti langkah berikut:
- Pergi ke pautan https://pengundi.spr.gov.my/
- Isikan nombor kad pengenalan dan kod Captcha yang dipaparkan.
- Tekan butang ‘Semak’.
- Maklumat peribadi dan kawasan mengundi akan dipaparkan dengan terperinci.
- Cetak dan simpan maklumat untuk rujukan.
Cara Memohon Pertukaran Alamat Tempat Mengundi Melalui MySPR Daftar:
1.Secara Online:
MySPR Daftar bukan sahaja boleh membuat pertukaran alamat secara online, malah boleh juga membuat pertukaran secara manual.
Cara memohon pertukaran alamat online adalah seperti berikut:
- Login portal MySPR Daftar (jika belum mendaftar sebagai pengguna, sila daftar terlebih dahulu mengikut Langkah 1 di atas)
- Klik menu ‘Status Saya’.
- Tekan butang “BORANG A (PENDAFTARAN BARU / PERTUKARAN ALAMAT)”
- Klik ‘Contoh Alamat’ untuk melihat cara pengisian alamat dan isikan mengikut contoh tersebut.
- Buat pengesahan untuk alamat yang telah dikemaskini.
- Hantar permohonan dan tekan butang ‘Mohon TAC’.
- Sistem akan menghantar SMS nombor TAC ke telefon bimbit pemohon.
- Sila masukkan nombor TAC dan tekan butang ‘Hantar’
- Setelah selesai, sistem akan membuat verifikasi dan paparan pada ‘Status Saya’ akan dikemaskini.
2. Secara Manual:
Pengemaskinian alamat pada MyKad boleh dilakukan dengan hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran dan membawa dokumen sokongan berkaitan dalam bentuk asal atau salinan yang diakui sah.
Lokasi Pusat Daftar Mengundi Secara Manual:
Sila semak lokasi cawangan SPR terdekat anda di pautan berikut:
https://www.spr.gov.my/ms/hubungi-kami/cawangan-spr
Maklumat Lanjut MySPR Daftar:
Untuk maklumat lanjut tentang MySPR, sila hubungi talian hotline Pendaftaran Pemilih 03-88927018 atau tanya soalan melalui sistem aduan di http://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan.