CARA DAFTAR DAN AKTIFKAN BANK ISLAM ONLINE BANKING ANDA
Perbankan internet Bank Islam / Bank Islam Internet Banking membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan secara online pada bila-bila masa dan di mana saja.
Anda juga boleh mendapatkan perincian terkini kesemua akaun Bank Islam anda melalui
- Rumusan Akaun
- E-Statement
- Pengurusan cek
- Sejarah Transaksi Perbankan Internet
Portal Malaysia ingin berkongsi cara mendaftar Bank Islam internet banking secara atas talian.
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan di
https://t.me/bantuankerajaan
Syarat Pendaftaran
Syarat-syarat untuk layak mendaftar perbankan internet Bank Islam adalah seperti berikut
- Berumur 18 tahun dan ke atas sahaja
- Mempunyai akaun peribadi / akaun semasa yang telah berdaftar
- Jenis akaun adalah pemilik tunggal
- Mempunyai kad debit atau kad ATM Bank Islam
- Mempunyai nombor pin ATM yang telah diaktifkan
Cara Mendaftar
Untuk mendaftar, sila rujuk langkah berikut
- Anda boleh layari laman web rasmi Bank Islam di pautan ini https://www.bankislam.biz
- Sila klik pada butang “FIRST TIME USER”.
- Jangan lupa baca terma dan syarat yang dipaparkan dan tandakan (/) dalam kotak kecil.
- Sila klik pada butang ATM/Debit Card.
- Boleh masukkan nombor Kad ATM / Kad Debit 16 digit dan nombor pin ATM anda.
- Sila cipta USER ID, Password dan lain-lain maklumat pada ruang yang tersedia.
- Sila semak dan sahkan maklumat anda dengan mengklik “Confirm”;
- Anda akan menerima notifikasi setelah selesai mendaftar Bank Islam Internet Banking.
Baca juga: MyBSN Login – Daftar & Semak BSN Online
RUJUK TUTORIAL BERGAMBAR DI BAWAH
LANGKAH 1
Sila layari laman web rasmi Bank Islam di pautan ini https://www.bankislam.biz
LANGKAH 2
Sila baca terma & syarat & tandakan (/) dalam kotak kecil di bawah.
Tekan pada butang ‘Continue’
LANGKAH 3
Boleh klik pada butang ATM/Debit Card.
LANGKAH 4
Sila isikan nombor kad ATM 16 digit & no pin ATM anda di dalam ruangan di bawah.
LANGKAH 5
Sila isikan maklumat yang diperlukan dalam ruang yang berikut.
LANGKAH 6
Cipta USER ID, Password & lain-lain maklumat pada ruang yang telah tersedia
Setelah berjaya mendaftar akaun Bank Islam Online. Anda boleh login & memeriksa baki akaun, membuat urusan pemindahan wang, membayar bil, berbelanja online dan sebagainya.
Selesai!
Cara Daftar GO Bank Islam (Aplikasi Mobile Bank Islam)
Untuk memudahkan pengguna, Bank Islam juga menyediakan Mobile Apps yang yang boleh dimuat turun dari Google Play Store ataupun Apple Store,
Untuk mendaftar GO Bank Islam, sila ikuti langkah berikut:
- Muat turun aplikasi GO Bank Islam
- Masukkan User ID & password yang telah didaftarkan di internet banking anda
- Masukkan kod IAC yang diterima melalui telefon bimbit anda.
- Selesai mendaftar, anda boleh login semula menggunakan kata laluan yang telah didaftarkan atau mengaktifkan cap jari di telefon bimbit anda dengan mudah sahaja.
Baca juga: Hong Leong Online Banking : Cara Daftar & Login
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh rujuk laman web rasmi Bank Islam di pautan ini https://www.bankislam.biz
ATAU
Hubungi Bank Islam di talian +60326900900
ATAU
Media sosial Bank Islam di :
Facebook : https://www.facebook.com/BankIslamFB/