Daerah Kajang Pula Dilanda Banjir Kilat .


Kajang hari ini  telah mengalami banjir kilat apabil hujan lebat telah tutun sejak dari jam 4 petang tadi menyebabkan beberapa laluan utama di daerah itu dinaiki air sehingga banyak jalan ditutup kerana dipenuhi air.

Menurut laporan Info banjir ,setakat jam 6.35 petang hari ini, paras air Sungai Langat di Kajang sudah berada pada amaran bahaya (jingga) selepas hujan lebat dilaporkan telah berhenti petang tadi.

Sebelum itu terdapat video yang tular dimedia sosial menunjukkan limpahan air sudah naik di laluan Kajang menuju ke Semenyih dan kelihatanny air sudah memenuhi kawasan tersebut sehingga tiada kenderaan yang boleh melalui kawasan tersebut.

Menurut laporan daripada Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima beberapa panggilan kecemasan berhubung kejadian banjir kilat sekitar Kajang.

Dan antara lokasi yang terjejas akibat banjir kilat adalah Apartmen Gien Court di Bandar Sungai Long, dan Taman Lembah Mewah.

Pihak Bomba dan Penyelamat telah menerima beberapa panggilan sekitar jam 5.19 petang hingga 5.35 petang daripada orang awam memaklumkan tentang kejadian banjir kilat dikawasan tersebut dan rata-rata mengatakan kajang dinaiki air dan berkemungkinan banjir .

Dsebabkan banyak laporan dan panggilan diterima anggota bomba yang bertugas kemudian bergegas ke lokasi yang dilaporkan dan membuat pemantauan keadaan semasa bagi mengelakkan situsi sebelum ini berlaku terulang lagi.

Namun melalui pemantauan hari ini , banjir kilat yang berlaku tidak membabitkan mangsa dan hanya kerosakkan harta benda sahaja yang berlaku setakat hari ini.

Selain hujan lebat secara tiba-tiba hari ini, faktor yang menyebabkan banjir adalah kerana saluran longkang tersumbat sehingga aliran air melimpah ke laluan utama.

Pihak Bomba dan semua jabatan yang terlibat  akan sentiasa membuat pemantauan dan dalam keadaan bersedia sekiranya keadaan menjadi lebih serius dan melibatkan bankir besar seperti kejadian tempoh hari seperti di Hulu Langat.

Malah orang ramai juga diminta untuk lebih peka dan bersedia dengan keadaan semasa dan memaklumkan kepada pihak berkuasa secepat mungkin jika ada sesuatu yang dikhuatiri berlaku bagi megelakkan kemalangan jiwa berlaku.

Dalam beberapa perkongsian di laman sosial oleh penduduk setempat menunjukkan Jalan Sungai Jelok, Bandar Teknologi Kajang, Kajang 2 serta Jalan Kajang-Semenyih dinaiki air kerana banjir kilat.


Dinasihatkan agar penduduk yang terlibat mengurangkan aktiviti luar agar tiada kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku ketika hujan lebat dan kilat sambar menyambar yang berlaku di sekitar kajang hari ini.

 

Disclaimers – Bahan artikel portalamalaysia share diatas merupakan tutorial dan rujukan yang related dengan “Daerah Kajang Pula Dilanda Banjir Kilat .” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia