Cuti Peristiwa 1 Ogos Khas Buat Rakyat Negeri Pahang


Kerajaan Pahang mengumumkan 1 Ogos depan sebagai Hari Kelepasan Am sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak, keputusan itu bagi menjunjung titah perintah baginda.

“Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Hari Kelepasan Am Negeri Pahang Darul Makmur sempena Hari Keputeraan baginda telah ditetapkan pada 1 Ogos 2022.


“Berdasarkan subseksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Pihak Berkuasa Negeri telah menetapkan tarikh terbabit sebagai Hari Kelepasan Am Negeri Pahang sahaja bagi tahun ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

Sumber: ASTRO AWANI
Disclaimers – Bahan yang kami kongsikan diatas hanyalah panduan tutorial dan rujukan artikel berkaitan dengan “Cuti Peristiwa 1 Ogos Khas Buat Rakyat Negeri Pahang” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia