Pelakon jelita , Rozita Che Wan yang sering menyambut ulangtahun perkahwinan secara besar – besaran baru – baru ini masih lagi teruja apabila ulang tahun perkahwinannya yang kesembilan diraikan dalam majlis penuh gemilang.
Dikhabarkan majlis kali ini telah menelan belanja lebih kurang RM100,000 dan ianya ditaja penuh oleh rakan baiknya iaitu Anas Zahrin yang juga merupakan seorang pengasas kepada produk terkenal di Malaysia.
“Awalnya kami hanya nak adakan majlis pelancaran produk inai keluaran saya tetapi tiba-tiba Anas cakap, alang-alang buat majlis malam berinai terus walaupun ulang tahun perkahwinan sebenar kami jatuh pada bulan Disember nanti,” selorahnya.
“Majlis malam ini memang saya lepas tangan. Tak tahu pun atur cara program, saya ikut saja kata pengacara majlis,”
Dalam majlis yang berlangsung , anak bongsunya dilihat sangat bergaya dan comel dengan busana yang dikenakan malah kedua anak lelakinya turut hadir menemani ibu bapanya di majlis tersebut.
Ditanya tentang anak , Che Ta menegaskan bahawa dirinya sudah tidak mahu menambah cahaya mata dan sudah cukup dengan apa yang sudah dia miliki.
Malah suaminya sudah bersepakat untuk lebih menumpukan perhatian kepada Aaisyah sahaja kerana anak bongsunya itu sudah semakin membesar dan memerlukan lebih perhatian.
Mereka juga sangat sibuk dengan pelbagai aktiviti dan juga bisnes yang dijalankan , jadi bimbang jika tidak mampu membahagikan masa kepada anak- anak pada masa akan datang.
“Aaisyah pun sudah berusia lapan tahun, tak perlulah (tambah anak). Saya pun sibuk nak tengok dia. Apa yang ada besarkanlah.”
“Dia pun tak pernah bersuara minta diberikan seorang adik. Pernah juga tanya dia, katanya tak mahu. Sekarang dia lebih untuk mencari rakan sebaya,” jelasnya lagi.
Pasangan Che Ta dan Zain telah mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata, Aaisyah Dhia Rana.
Che Ta turut mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezra hasil daripada perkahwinan terdahulu.
Related Posts
- “Kata Aku Kaki Dadah Habis Kau?” – Zarina Anjoulie Buat Laporan Polis Kerana Diaibkan Individu Tidak Bertanggungjawab
- Bercakap pun tak sedap , apatah lagi menyanyi , – Dato Awie Kecewa
- Perkara ini saya lakukan kerana saya seorang Muslim, suami dan sudah mempunyai anak – Alif Satar
- Isteri Achey Kongsi Perjalanan Pertama Kali Buat Rawatan IVF
- Cantik Senyuman. Penyanyi AyieFloor Dedah Nama Anak Perempuan, Kongsi Cerita Lihat Isteri Bersalin