Cuci Barang Kemas Sendiri Dirumah , Mudah & Jimat


Barang kemas adalah barang perhiasan yang paling disukai oleh wanita malah menjadi tarikan utama berbanding barangan mewah yang lain.

Barang kemas juga menjadi simbolik dalam sesebuah ikatan dan hubungan hingga ke perkahwinan , barang kemas juga menjadi aset penting kepada wanita apabila memerlukan wang secara tiba – tiba.

Ada wanita yang suka menyimpan dan memakai barang kemas semasa keramaian dan ada juga yang suka memakai barang kemas untuk basahan dan menyebabkan warnanya kelihatan kusam dan nampak tidak bersinar seperti keadaan barang kemas yang sepatutya berkilau setiap masa.

Biasanya barang kemas dihantar ke kedai untuk mencuci dan memberikan warna yang lebih menarik semasa dipakai . Ini cara yang digunakan oleh penggemar barang kemas yang paling mudah dipraktikkan dirumah sahaja tanpa menggunakan bahan yang mahal dan mudah didapati,

Bahan-bahan:

Sabun pencuci pinggan ( saya guna jenama sunlight)

Berus gigi

Lemon

Cara – cara :

  1. Rendam barang kemas di dalam air panas bersama sabun pencuci pinggan dan lemon selama setengah jam.
  2. Sental dan cuci barang kemas dengan menggunakan berus gigi, gogok pada semua bahagian.
  3. Bilas guna air paip.
  4. Rendam seketika dalam air panas dan keringkan dengan kain bersih.
  5. BArang kemas akan lebuh bersinar dan bersih daripada kotoran.

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3