Kulit muka wanita Korea sering dilihat sangat cantik dan licin di kaca tv tidak kira dalam drama ataupun program yang berasal daripada negara tersebut.
Malah banyak wanita dan lelaki kagum dan memuji kecantikan serta kemulusan kulit mereka walaupun sudah sedia maklum tentang mereka yang sering menggunakan teknik solekan dan pernah manjalani pembedahan plastik demi kecantikkan.
Namun sebenarnya wanita Korea sememangnya mempunyai kulit yang cantik dan mulus tanpa perlu bersolek tebal dan itu adalah hakikat yang sebenarnya .
Kaedah pemakanan masyarakat Korea yang bersifat panggang dan rebus juga diambil kira malah pengambilan sayuran yang balik menjadikan kulit mereka lebuih segar dan sihat,.
Wanita Korea juga mengamalkan cucian muka yang berbeza dengan cara yang biasa orang Malaysia lakukan yang mana mereka lebih selesa melakukan teknik ‘double cleansing.’
Cucian ‘double cleansing’ sebenarnya sangat sesuai dilakukan oleh mereka yang mengenakan solekan tebal ke tempat kerja. Dan inilah yang diamalkan oleh wanita Korea setiap kali mencuci muka dan ternyata ianya memberikan kesan yang cukup bagus.
Ini teknik double cleansing yang mereka lakukan:
Langkah yang perlu dilakukan :
Gunakan dua jenis pencuci muka iaitu dari jenis minyak (oil cleansing) dan juga pencuci muka biasa (liqiud cleansing) , tidak kisah jenama atau produk asalkan ianya bersesuaian dengan kulit muka anda.
- Kombinasi dua campuran ini bertindak untuk menanggalkan segala sisa solekan dan kotoran degil pada kulit wajah.
Campurkan dan jadikan ianya seperti buih lalu cuci muka seperti biasa dan bilas muka sehingga bersih.
Kemudian cuci sekali lagi muka dengan pencuci muka biasa sahaja tanpa oil cleansing ,lakukan step yang sama dan amalkan setiap kali mencuci muka .
- Mencuci dengan dua kaedah ini dapat membantu kulit jadi lebih sihat dan licin malah perkara tersebutlah yang diamalkan oleh segolongan wanita di korea tanpa merasa ianya satu pembaziran.
- Fungsi pencuci muka biasa jenis ‘liquid cleansing’ tidak kira samada jenis, krim atau apa sahaja, dikhaskan khusus untuk mencuci lebih dengan lebih dalam dan ianya adalah langkah terakhir dalam proses membersih kulit wajah.
- Tujuan cucian kali kedua pula ialah khusus untuk membasmi bakteria, kulit mati dan kotoran yang tertinggal semasa cucian pertama.
Jadi cubalah amalkan kaedah yang telah disarankan agar kulit lebih terjaga dan bersih daripada sisa kotoran yang mana ianya boleh mengelakkan jerawat timbul di muka kerana kulit wajah tidak dicuci dengan bersih.