Roy Keane dan Gary Neville bersetuju Ronaldo kekal bermain dibawah Ten Hag. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
“Kami tahu Ten Hag suka bermain bola dengan tekanan agresif terhadap pihak lawan namun itu bukan titik terkuat Ronaldo tetapi beliau pasti mahukan penjaring gol. Beliau mesti mahukan seseorang yang boleh menjaringkan gol sebanyak 20 atau 25 kali.” ujar Gary Neville terhadap masa depan Ronaldo dibawah bimbingan Ten Hag.
Neville dan Roy Keane juga percaya bahawa keupayaan Ronaldo menjaringkan gol mampu untuk membantu Ten Hag yang bakal mengambil alih menjadi pengurus United musim depan.
Ronaldo telah meletakkan dirinya sebaris dengan Son Heung Min di carta penjaring gol kedua terbanyak Liga Perdana Inggeris dengan jaringan ke 17 musim ini apabila gol terakhirnya semalam menentang Chelsea merupakan jaringan gol kelima beliau dalam aksi tiga perlawanan terakhir bersama United.
Pemain yang berumur 37 tahun itu telah menjaringkan lapan dari sembilan gol United termasuk dengan jaringan hattrick menentang Tottenham dan Norwich serta memberi respon terhadap kritikan yang menyatakan kedatangan beliau pada awal musim menganggu persiapan United.
Neville dan Keane menyifatkan Ronaldo sesuai dalam permainan berintensiti tinggi Ten Hag namun mereka berkata pemenang lima kali Ballon D’Or tersebut perlu untuk mencuba peluang kedua untuk kekal bermain di Old Trafford pada musim depan walaupun United berdepan masalah prestasi tidak menentu.
“Beliau mengangkat tinggi penyokong, membuatkan mereka berdebar dan ambil peluang dan jika ia berlaku ianya akan menjadi menarik untuk melihat apa yang akan berlaku bersama dengan Ten Hag.”
“Kami tahu Ten Hag bermain dengan tekanan agresif dan cuba memenangi bola tinggi dipadang namun itu bukan titik kekuatan Ronaldo dan kami tahu itu. Tetapi Ten Hag pasti mahu penjaring gol dan beliau pasti mahu penjaring gol yang tajam. Bolehkah United menggunakan Ronaldo sebagai jambatan keserasian Ten Hag untuk musim pertama?.”
“Ronaldo adalah suatu fenomena. Beliau telah memenangi segalanya dan sifat professional seperti yang kita mahukan. Ronaldo masih mempunyai kegigihan dan keazaman untuk menjaringkan gol dan itu adalah perkara yang menakjubkan.”
“Ronaldo adalah seorang pemain sensasi dan saya telah bercakap tentang sikap pemain pada separuh masa pertama dan saya tidak banyak cakap tentang Ronaldo. Beliau terbukti bagus didalam jangka masa panjang dan apa yang beliau lakukan terhadap bentuk badan sendiri.”
“Beliau sendiri melalui proses pemulihan selepas tragedi kehilangan anak hanya dalam masa seminggu dan masih beraksi dengan baik. Ronaldo seperti cahaya terang didalam skuad United yang mempunyai prestasi buruk.” ujar Neville di podcast Sky Sports.