Cristiano Ronaldo Ke Arab Saudi!


Cristiano Ronaldo menoktahkan segala spekulasi mengenai hala tuju masa depannya apabila diumumkan sebagai rekrut baharu buat kelab Arab Saudi, Al Nassr.

Cristiano Ronaldo Ke Arab Saudi! 1

Selepas bergelar ejen bebas susulan perpisahannya dengan Manchester United secara persetujuan bersama pada 23 November lalu, hala tuju masa depan Ronaldo menjadi tanda tanya.

Namun, segala persoalan sudah menemui jawapan selepas Fabrizio Romano mengesahkan perkara tersebut dan tidak lama selepas itu, laman Facebook rasmi Al Nassr pula membuat pengumuman rasmi mengenai kehadiran bintang berusia 37 tahun itu bagi memperkuatkan pasukan.

Sila Baca Disini : Jordi Amat Paling Bernilai Di Asean!

Cristiano Ronaldo Ke Arab Saudi!


Difahamkan, Cristiano Ronaldo akan menandatangani kontrak sehingga Jun 2025 dan seperti dijangka gaji lumayan bakal diterimanya di Al Nassr.

Sehubungan dengan persetujuan yang telah dicapai, ini memberi makna pemenang Ballon d’Or lima kali itu bakal menerima gaji hampir €200 juta setahun termasuk perjanjian lumayan melibatkan nilai komersial.

Jumlah tersebut menjadikan beliau sebagai pemain yang menerima gaji terbesar dalam sejarah bola sepak dunia.

Cristiano Ronaldo Ke Arab Saudi! 2

Al Nassr merupakan juara sembilan kali juara Liga Profesional Arab Saudi yang kini sedang menghuni tangga kedua musim 2022/23 selepas mengumpul 23 mata hasil tujuh kemenangan, dua keputusan seri dan satu kekalahan.

Antara pemain asing yang beraksi bersama kelab tersebut ialah David Ospina (Colombia), Luis Gustavo dan Anderson Talisca (Brazil), Gonzalo Martinez (Argentina), Alvaro Gonzalez (Sepanyol), Ghislain Konan (Ivory Coast) serta bintang Senegal di Piala Dunia 2022, Vincent Aboubakar.

Dengan kemampuan hebat masih mampu dijelmakan, tiada yang mustahil buat Ronaldo untuk terus menyinar sekali gus dapat membantu Al Nassr meraih banyak kejuaraan.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3