Contoh CV Curriculum Vitae

Curriculum Viate (CV) ialah salah satu dokumen yang perlu anda sediakan apabila anda ingin membuat permohonan  sesuatu pekerjaan supaya dapat dipertimbangkan permohonan anda melalui maklumat yang terdapat di CV anda.

Apa itu CV?

Curriculum Vitae adalah mengenai maklumat peribadi, latar belakang pendidikan, pengalaman kerja dan prestasi atau pencapaian yang telah dicapai sama ada dari segi akademik atau pengalaman bekerja. Berikut iaalah isi penting yang perlu disertakan dalam CV anda.

1. Muka Surat


Curriculum Vitae memerlukan dua tau tiga muka surat dan pastikan kemas supaya penyemak atau majikan boleh membuat semakan CV anda dengan baik.

2. Gambar


Gambar tidak perlu disertakan kerana CV adalah ruang untuk maklumat yang berkenaan tentang pendidikan, pencapaian dan pengalaman anda sahaja. Gambar ini sesuai untuk diletakkan pada resume.

3. Makumat Wajib Yang Perlu Disertakan


Berikut ialah maklumat wajib yang perlu disertakan dalam CV anda untuk majikan membuat penilaian tentang pencapaian dan pengalaman anda sebelum ini.

Latar Belakang Diri

  • Latar belakang diri adalah maklumat wajib yang perlu disertakan supaya mengetahui diri anda dan untuk berhubunga.
  • Nama, No Kad Pengenalan, Tarikh Lahir, Jantina, Alamat, Emel dan No Telefon
Lihat Juga  Contoh Invoice (Invois)

Latar Belakang Pendidikan

  • Latar belakang pendidikan biasanya akan disemak oleh pihak majikan untuk mengetahui pendidikan anda dengan posisi yang telah dipohon.
  • SPM/ STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ Diploma/ Degree/ Master/ PHD

Pengalaman Bekerja

  • Anda juga boleh sertakan pengalaman anda bekerja mengikut tempoh dan tarikh anda bekerja sebelum ini. Pengalamn bekerja ini juga dapat memberi maklumat kepada pihak majikan tentang kemahiran dan pengalaman anda dalam alam pekerjaan.
  • Semakin banyak pengalaman dan kemahiran, semakin tinggi peluang anda mendapatkan kerja jika pengalaman bersesuaian dengan pekerjaan semasa yang dipohon.
Lihat Juga  Apa Yang Patut Anda Buat Dengan Duit BPN Anda?

Pencapaian

  • Anda juga boleh sertakan pencapaian anda dalam bidang akademik mahupun bukan akademik supaya CV anda nampak lebih menarik.
  • Contohnya seperti Anugerah Dekan, Pelajar Terbaik dan sebagainya.

Skills @ Kemahiran

  • Anda juga boleh sertakan kemahiran soft skills dan hard skills anda.
  • Contohnya Computer Skills seperti Microsoft Word, Excel, Powerpoint, Programming, Leadership, Communication skill

Rujukan

  • Untuk rujukan, anda boleh sertakan maklumat tentang bekas majikan atau pihak institut pendidikan untuk mereka mengetahui maklumat yang lebih tentang anda.

4. Cover Letter


Untuk CV, anda perlu sertakan cover letter iaitu tujuan cover letter ini ialah ringkasan yang menyatakan tujuan CV anda dihantar.

Contoh Curriclum Vitae :


Contoh CV Curriculum Vitae 1

Contoh CV Curriculum Vitae 2

 

 

 

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3