Tidak semua orang mempunyai masa yang cukup dan sesuai untuk menguruskan hal-hal seperti menguruskan dokumen dan mengambil dokumen. Untuk pengetahuan, untuk mengambil dokumen adalah dibenarkan untuk wakil mengambil dokumen tersebut, tetapi harus disertakan surat wakil.
Surat wakil merupakan kebenaran dan pengesahan daripada pemilik dokumen yang mewakilkan seseorang untuk menguruskan atau mengambil dokumen yang berkenaan.
Apabila surat wakil ini dikemukan semasa membuat urusan, ia dijadikan sebagai bukti bahawa dokumen atau urusan tersebut telah dibuat oleh orang lain yang dibenarkan oleh pemilik sebenar dokumen tersebut.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Berikut kami kongsikan beberapa contoh surat wakil yang boleh anda buat apabila anda memerlukan wakil dari seseorang untuk mengambil dokumen anda. Antaranya ialah Contoh Surat Wakil JPJ dan Sebutharga seperti di bawah :
Contoh Surat Wakil JPJ
Bagi anda yang telah membuat urusan di Jabatan Pengangkutan Jalan dan perlu mengambil dokumen di JPJ tetapi anda tidak dapat hadir atau berbuat demikian, anda boleh mewakilkan seseorang bagi pihak anda untuk mengambil tersebut di JPJ dengan kemukakan Surat Wakil kepada pihak JPJ. Di bawah ialah Contoh Surat Wakil JPJ beserta lampiran :
Lampiran Contoh Surat Wakil JPJ :
Contoh Surat Wakil Sebutharga
Bagi anda yang telah membuat urusan atau permohonan sebutharga tetapi tidak dapat hadir untuk mengambil borang sebutharga, anda boleh mewakilkan seseorang dari pihak anda untuk mengambil borang sebutharga tersebut dengan mengemukan Surat Wakil Sebutharga. Di bawah ialah Contoh Surat Wakil Sebutharga beserta lampiran :
Lampiran Contoh Surat Wakil Sebutharga :
Di atas ialah Contoh Surat Wakil yang boleh anda rujuk jika anda mengambil borang tetapi tidak dapat berbuat demikian dan ingin mewakilkan seseorang untuk mengambil dokumen yang diperlukan. Anda boleh rujuk contoh surat wakil seperti di atas. Semoga bermanfaat.