Home » Contoh » [FORMAT BARU] Contoh Minit Mesyuarat – Syarikat/ Kerajaan/ Persatuan

[FORMAT BARU] Contoh Minit Mesyuarat – Syarikat/ Kerajaan/ Persatuan

Contoh Minit Mesyuarat terkini. Kebiasaannya, agak susah dan terpaksa luangkan banyak masa dengan hanya membuat draf dan lengkapkan minit mesyuarat. Contoh minit mesyuarat yang nak dikongsikan ini adalah selaras dengan garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Apakah itu Minit Mesyuarat?

Minit mesyuarat adalah sebuah rekod bertulis mengenai perkara-perkara yang telah dibincangkan di dalam satu kumpulan/ mesyuarat.

Jenis Jenis Contoh Minit Mesyuarat

Didalam sistem Pendidikan di Sekolah, terdapat pelbagai jenis mesyuarat yang bakal diadakan. Dibawah ini adalah antara jenis – jenis minit mesyuarat :

  • Format Minit Mesyuarat Syarikat
  • Format Minit Mesyuarat Sekolah Bandar
  • Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum
  • Minit Mesyuarat PIBG
  • Minit Mesyuarat Kokurikulum
  • Minit Mesyuarat Staf
  • Minit Mesyuarat Sukan
  • Minit Mesyuarat Panitia Subjek
  • Minit Mesyuarat Guru
  • Minit Mesyuarat Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK)
  • Minit Mesyuarat Pengurusan

Contoh :

contoh minit mesyuarat terkini

Contoh Minit Mesyuarat : Download

Contoh Minit Mesyuarat Kerajaan

contoh minit mesyuarat kerajaan

Lihat contoh lengkap minit mesyuarat kerajaan di sini.

Panduan dan Tips Membina Minit Mesyuarat Ringkas

Portal Malaysia nak kongsikan dengan korang tips dan panduan untuk membuat minit mesyuarat secara mudah dan ringkas :

1. Format Minit Mesyuarat yang umum
Sebelum kita ingin membina atau melengkapkan minit mesyuarat, amatlah baik jika korang sudah mempunyai format minit mesyuarat yang kosong ataupun ‘blank format’.

2. Contoh Minit bagi edisi terdahulu
Pembinaan Minit Mesyuarat biasanya tidaklah terlalu berbeza dengan minit mesyuarat sebelumnya. Hal ini kerana, kita hanya mahukan kandungan ringkas serta melengkapi minit yang dibincangkan dan tindakan yang perlu diambil.

Minit Mesyuarat tiada had dalam meletakkan bilangan patah perkataan. Jika mesyuarat yang diadakan itu panjang, maka panjanglah minit tersebut. Berbalik kepada minit mesyuarat bagi acara yang agak sama, isi perbincangan juga biasanya tidak begitu berbeza untuk diletakkan dalam minit tersebut. Kebiasaannya, hanyalah nama, tindakan yang lebih spesifik dan tarikh yang memainkan peranan penting.

3. Tindakan Lanjutan
Biasanya kita perlu menyediakan tindakan lanjutan pada setiap isi kandungan utama dalam minit mesyuarat. Kecuali bahagian kedatangan. Jika tiada tindakan berkenaan, maka cukup sekadar meletakkan ‘Untuk Makluman’ pada bahagian Tindakan yang harus diambil.

4. Bahagian Pengesahan.
Disini juga bahagian yang penting dalam setiap minit mesyuarat. Nama guru yang terlibat semasa menyediakan minit mesyuarat perlulah dikenalpasti dari awal supaya tandatangan mudah untuk diperoleh. Selain itu, pastikan bahagian tandatangan selengkapnya pada satu helaian muka surat contohnya bahagian disahkan oleh, dengan nama orang yang berkenaan beserta jawatannya bukan pada helaian muka surat yang berlainan.

CONTOH FORMAT MINIT MESYUARAT

SEKOLAH …………………………………………………………………………………………………………

MINIT MESYUARAT……………………………………………………. BIL ………/(TAHUN)

Tarikh : ………………………………………………………………………………………………………..

Masa : ………………………………………………………………………………………………………..

Tempat : ………………………………………………………………………………………………………..

Pengerusi : ………………………………………………………………………………………………………..

Kehadiran(Bilangan) : ………………………………………………………………………………………………………..

Turut Hadir (Jika ada) : ………………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………….
1. PERUTUSAN PENGERUSI

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Dicadang untuk disahkan oleh …………………………………………………………..

Disokong untuk pengesahan oleh ………………………………………………………

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1. Tindakan:

3.2. Tindakan:

4. PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA) / FOKUS MESYUARAT

4.1. Tindakan:

4.2. Tindakan:

5. HAL-HAL LAIN

5.1. Tindakan:

PENUTUP

Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat serta penetapan tarikh mesyuarat yang seterusnya.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam ……………………….

Disediakan oleh,                                                              Disemak Oleh,

……………………………………………                                        ……………………………….……….
(                                                   )                                       (                                               )
Setiausaha                                                                           Pengerusi / Ahli Mesyuarat
Tarikh :                                                                                  Tarikh :

Semoga dengan perkongsian ini dapat memudahkan korang untuk membuat minit mesyuarat. Di portal rasmi ini juga terdapat contoh resume yang terkini yang anda boleh buat rujukan. Semoga bermanfaat.

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan dihalaman ini hanyalah panduan dan ringkasan yang related dengan “[FORMAT BARU] Contoh Minit Mesyuarat – Syarikat/ Kerajaan/ Persatuan” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.

Leave a Comment