Contoh Cover Letter atau bahasa melayu nya surat permohonan pekerjaan. Cover letter ni korang perlu lampirkan bersama resume tau! Dengan adanya surat permohonan ini, korang akan nampak lebih profesional semasa memohon sesuatu jawatan kosong.
Kalau korang nak tau, cover letter terbaik ini tak semestinya ditulis dalam Bahasa Inggeris je tau, korang juga boleh dibuat dalam Bahasa Melayu bergantung dengan kesesuaian jawatan yang ingin dimohon. Untuk pengetahuan korang, cover letter adalah kandungan ringkas mengenai diri korang untuk memohon jawatan kosong. Walaupun hanya secara ringkas tetapi cover letter juga mempunyai peranan penting bagi menarik perhatian majikan untuk membaca resume anda.
Terdapat banyak contoh cover letter yang korang boleh jadikan rujukan yang menepati kriteria yang telah ditetapkan. Dibawah disertakan tips menulis cover letter supaya korang dipertimbangkan untuk ditemuduga.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
TIPS MENULIS SURAT PERMOHONAN KERJA
Sebelum menulis sebarang surat permohonan kerja, korang perlu pastikan korang tidak melakukan kesalahan yang dinyatakan seperti di bawah:
- Jangan hantar resume tanpa cover letter
- Tidak perlu bincang mengenai egaji yang dinyatakan dalam iklan surat permohonan
- Tidak perlu ulangi maklumat yang sedia ada dalam resume melainkan secara ringkas
- Tidak perlu beri gambaran mengenai kualiti diri korang dan pekerjaan lepas
- Tidak perlu menyatakan tugas menggunakan keupayaan korang, sebaliknya apa yang kamu boleh lakukan dengan tugas itu (jadi seorang yang proaktif bukanya pasif)
- Jangan berikan maklumat palsu
- Jangan hantar surat atau resume salinan
TIPS EKSTRA
Dibawah ini merupakan contoh susunan cover letter terbaik mengikut prosedur What, Why & How untuk rujukan korang.
What? – Perkenalkan diri korang secara ringkas tetapi lengkap.
Why? – Beritahu tujuan korang hantar surat permohonan kerja tersebut. Korang perlu yakinkan majikan korang kenapa mereka perlu pilih korang kerja di syarikat mereka.
How? – Maklumkan cara untuk menghubungi korang. Cara ini akan memudahkan interviewer untuk menghubungi korang jika mereka berminat!
CONTOH 1 : Contoh Cover Letter (Ada Pengalaman Kerja)
Nama Anda
Alamat surat menyurat
…………………………………………………………………………………………
Pengurus Besar
Jabatan Sumber Manusia
ABC Sdn Bhd
Lot 10, Jalan Gembira 5, Seksyen 7,
52633 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan 18 Mei 2019
Tuan/Puan
PERMOHONAN BAGI JAWATAN KOSONG
Saya seperti nama diatas ingin memohon jawatan yang berkaitan dengan komunikasi yang terdapat di syarikat tuan.
Saya yakin dengan kelayakan yang saya ada ini dapat memenuhi syarat-syarat serta kehendak jawatan yang ada. Sememangnya menjadi hasrat saya untuk bekerja dengan syarikat seperti syarikat tuan yang mempunyai reputasi cemerlang dalam bidang komunikasi di Malaysia.
Disini saya sertakan bersama resume saya dan saya amat berbesar hati untuk menerima panggilan temuduga pada bila-bila masa sahaja. Pihak tuan boleh menghubungi saya di talian ………………….. atau ……………. bagi tindakan lanjut.
Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya. Kerjasama dan jasa daripada pihak tuan amatlah saya hargai dan saya dahuluo dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian Terima Kasih
Yang Benar,
……………………………………..
Nama Anda
Email: [email protected]
CONTOH 2 : Contoh Cover Letter ( Fresh Graduate/ Internship)
Nama Anda
Alamat surat menyurat
No hp
email:
tarikh:
Tuan/Puan,
Saya ada terbaca iklan jawatan kosong mengenai jawatan kosong mengenai jawatan penganalisis kewangan dipusat kerjaya dan kaunseling di UITM. Pengalaman semasa belajar dan latihan amali melayakan saya untuk memohon jawatan ini.
Menurut iklan tersebut, pihak tuan sedang mencari individu yang boleh menjadi ketua yang mampu menyediakan analisa kuantitatif dan bekerja dalam pasukan.
Semasa cuti semester, saya telah menjalani latihan amali di syarikat………………………….. Tanggungjawab saya semasa menjalani latihan disitu adalah untuk mengenal pasti kesalahan didalam penjadualan serta pengiraan. Dengan menggunakan kemahiran yang didapati melalui kursus yang mana berkaitan dengan ijazah pengurusan perniagaan, saya mampu membantu dalam menyelesaikan beberapa permasalahan yang dihadapi oleh kumpulan saya. Kemahiran saya semasa menyertai Persatuan Pelajar di Universiti sedikit sebanyak akan membantu saya bekerja dalam pasukan disamping membantu antara satu sama lain jika diperlukan.
Jika diberi peluang, saya yakin bahawa saya dapat membantu syarikat tuan sebagai penganalisa kewangan dan seterusnya dapat berkongsi bersama ilmu yang saya dapat semasa didalam kelas mahupun sewaktu dilatihan amali. Saya juga berkeyakinan tinggi bahawa kemahiran yang ada pada saya amat bersesuaian dengan jawatan ini.
Segala pertimbangan daripada pihak tuan saya dahului dnegan ucapan ribuan terima kasih dan jasa tuan amatlah saya hargai.
Sekian, Terima kasih
Yang Benar
…………………………….
Nama anda.
Semoga dengan perkongsian contoh cover letter simple daripada Portal Malaysia ini dapat membantu korang semasa memohon jawatan kerja kosong. Goodluck!