Apakah itu abstrak?
Abstrak merupakan sinopsis atau ringkasan untuk sebuah kertas projek/ kajian ilmiah/ kajian tindakan. Ia ditulis di bahagian hadapan kertas kerja.
Menulis abstrak ini juga terdapat cara-caranya pentingnya untuk menulis. Antaranya ialah :
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
- Abstrak mestilah ditulis dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu, kemudian terdapat terjemahannya dalam Bahasa Inggeris di halaman seterusnya.
- Abstrak mestilah tidak melebihi 200-300 patah perkataan dalam satu halaman dan ditulis secara ringkas dan padat dalam satu perenggan. Untuk makluman anda, abstrak adalah berbeza dengan sinopsis dan ringkasan tesis.
- Abstrak haruslah mengandungi masalah untuk diselesaikan, cara menyelesaikan, proses selidik dan hasil yang diperolehi.
Dengan itu, abstrak ini merupakan satu kaedah yang dapat memudahkan dalam membuat kajian ilmiah dan sebagainya.
Cara Tulis Abstrak
Berikut ialah cara untuk menulis abstrak secara kesuluruhan dan kandungan abstrak mestilah mengandungi :
- Latar belakang Kajian (Background of Research)
- Kenyataan Masalah (Statement of Problem)
- Objektif Kajian (Methodology of Research)
- Dapatan Kajian (Finding of Research)
- Cadangan Penambahbaikan (Recommendation)
- Abstrak mestilah disediakan dalam dua versi bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (Written in Malay and English language)
- 200 – 300 patah perkataan (200-300 words)
- Kedua-dua versi abstrak perlu disemak dan ditandatangan oleh penyelia (Both versions of abstract must be checked and signed by the supervisor)
Berikut ialah lampiran dan rangka abstrak :
Contoh Abstrak
Berikut ialah contoh abstrak yang telah ditulis oleh seorang penulis yang diambil dari artikel Academia.edu :
ABSTRAK
Tajuk kajian ialah kepentingan dan kesan perniagaan pasar malam di Bandar Baru Beris Jaya kepada penduduk.
Objektif yang digunakan ialah kepentingan perniagaan pasar malam Bandar Baru Beris Jaya kepada penduduk dan kesan yang timbul dan kegiatan tersebut kepada penduduk setempat.
Kedua-dua objektif dipilih kerana untuk mengkaji dua aspek tersebut. Selain itu, kajian ini dijalankan di kawasan Bandar Baru Beris Jaya, 03200 Sik, Kedah.
Tambahan lagi, kaedah yang digunakan untuk menyiapkan projek ini ialah melalui soal selidik kepada 30 orang responden iaitu 15 orang lelaki dan 15 orang perempuan melalui pemerhatian, soal selidik dan rujukan.
Dalam kajian ini, saya telah mengenalpasti kepentingan pasar malam Bandar Baru Beris Jaya kepada penduduk sekitar.
Dapatan menunjukkan pasar malam ini sangat penting sebagai pusat membeli barangan harian seperti ikan, sayur-sayuran, buah-buahan, pakaian dan sebagainya.
Selain itu, dapat dikenal pasti juga kesan penubuhan pasar malam tersebut kepada penduduk seperti pencemaran bunyi, pencemaran sampah sarap dan masalah sosial di kalangan remaja.
Secara konklusinya, daripada kerja kursus ini saya telah mengetahui perniagaan pasar malam Bandar Baru Beris Jaya sangat penting dan berguna kepada penduduk sekitar pekan itu.
*Kredit : Wardah Nafida
Kesimpulannya, bagi anda yang sedang membuat kajian, anda perlulah membuat abstrak dahulu bagi memudahkan kajian anda berjalan dengan lancar kerana sudah mempunyai ringkasan seperti Latar belakang Kajian (Background of Research), Kenyataan Masalah (Statement of Problem), Objektif Kajian (Methodology of Research), Dapatan Kajian (Finding of Research) dan Cadangan Penambahbaikan. Semoga bermanfaat.