Dua bintang Perancis, Kingsley Coman dan Aurelien Tchouameni jadi mangsa serangan penyokong-penyokong tak berakal selepas kekalahan mereka di tangan Argentina yang lalu.
Perancis terpaksa akur tewas di tangan Argentina menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi perlawanan akhir saingan Piala Dunia 2022.
Juara Piala Dunia 2018 itu berjaya membawa Argentina hingga ke aksi penentuan sepakan penalti dan mereka jelas sekali sudah melakukan yang terbaik dalam perlawanan tersebut.
Sila Baca Disini : Manchester United Akan Dijual?
Coman Dan Tchouameni Diserang!
Perlawanan tersebut juga dianggap antara aksi perlawanan akhir terhebat dalam sejarah saingan Piala Dunia dengan Kylian Mbappe cemerlang mencatatkan hat-trick dan Messi mengukuhkan kedudukan beliau sebagai pemain terhebat sepanjang zaman.
Walaupun aksi perlawanan akhir itu dipuji dari segala segi, namun ia sepertinya sedikit terganggu dek kerana ada nya golongan penyokong tak berakal.
Segelintir penyokong Perancis merosakkan suasana selepas mereka menyerang akaun media sosial Kingsley Coman dan Aurelien Tchouameni sebaik tamat perlawanan tersebut.
Kedua-dua pemain itu gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti dalam perlawanan tersebut dengan percubaan Coman dinafikan oleh penjaga gol dan percubaan Tchouameni tersasar ke tepi.
Selepas tamat perlawanan, segelintir penyokong tak berakal telah menyerang akaun media sosial mereka dengan menghantar mesej-mesej hinaan berunsur perkauman.
Bukan hanya mesej, penyokong-penyokong tak berakal itu juga turut membanjiri ruangan komen dengan komen-komen menghina dan lebih teruk lagi mereka turut mengancam dua pemain tersebut.
Hal tersebut mengingatkan semua kepada insiden yang berlaku terhadap trio England, Bukayo Saka, Marcus Rashford dan Jadon Sancho yang berdepan hal sama di pentas perlawanan akhir saingan Euro.
Ketiga-tiga pemain itu gagal menyempurnakan sepakan penalti dalam aksi penentuan sepakan penalti bertemu Itali dan menyebabkan England tewas.
Kali ini ia berlaku kepada Coman dan Tchouameni yang teruk diserang oleh kumpulan penyokong-penyokong tidak berakal.
Selain kedua-dua pemain ini, Randal Kolo Muani juga dikatakan turut teruk dihentam oleh peminat selepas tamat perlawanan tersebut.
Kelab yang diwakili oleh Coman, Bayern Munich juga turut tampil mengeluarkan kenyataan untuk membela pemain sayap itu dan turut menghentam kesemua peminat yang melakukan hal terkutuk itu.