Untuk Jenama automotif dari China iaitu Chery telah membuat kemunculan semula di pasaran Malaysia menerusi acara pratonton membabitkan lima model terkininya di Setia Alam baru-baru ini. Pengarah Negara Chery Malaysia, Leo Chen, berkata acara itu adalah penting buat pihaknya kerana pertama ia adalah acara fizikal pertama Chery di Malaysia di bawah pasukan baharu.
Bagi yang kedua pula, ia adalah penampilan rasmi pertama bagi model generasi semasa kami di Malaysia dan ketiga, penampilan pertama Tiggo 8 Pro PHEV, kenderaan elektrik hibrid plug-in, di Asia Tenggara. Mendekati pengguna adalah amat penting bagi Chery selain menyampaikan kejayaan global kami serta kemajuan kami dari segi teknologi, kualiti dan reka bentuk. Maklum balas ini akan membantu kami menyempurnakan strategi produk dan jenama kami, serta menilai kesesuaian setiap model ini untuk pasaran Malaysia.
Disamping itu, sebagai salah satu ekonomi terbesar di ASEAN dan dengan pasaran automotif yang maju, Malaysia adalah pasaran yang sangat strategik dalam rancangan globalisasi Chery. Sebagai pengeksport kenderaan penumpang No 1 di China selama 19 tahun berturut-turut, dengan jualan di lebih 80 negara dan wilayah, dan kepercayaan lebih 10 juta pengguna di seluruh dunia, kami percaya kami boleh menyumbang secara positif kepada industri automotif Malaysia dan terus memacu pembangunannya.
Selain dari Tiggo 8 Pro PHEV, model terkini lain yang telah dibawa oleh Chery ialah OMODA 5, Tiggo 4 Pro, Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro. Acara dua hari itu menyaksikan lebih 100 peserta menjadi rakyat Malaysia pertama merasal sendiri model terbaharu Chery itu.
Sementara itu, bagi Omoda5 yang telah pun menarik perhatian ramai rakyat Malaysia kerana dengan reka bentuk ‘Art in Motion’ yang futuristik dan teknologi pintarnya, ia termasuk Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) dan juga skrin berkembar yang cukup luas. Ahli terbesar siri Tiggo Pro, iaitu Tiggo 8 Pro, telah disasarkan kepada semua usahawan dan profesional melalui gabungan teknologi, sentuhan premium serta versatiliti tujuh tempat duduk. Bagi Tiggo 7 Pro pula telah pun menawarkan keseimbangan antara gaya bandar dan ciri mewah, termasuk tiga skrin berdefinisi tinggi yang penuh dengan teknologi terkini, manakala Tiggo 4 Pro menyasarkan golongan muda dengan gabungan unik teknologi dan keselesaan.
Walaubagaimanpun, Kereta Chery Tiggo 8 Pro PHEV pula telah mewakili segala teknologi terbaharu Chery dalam bidang kenderaan bagi tenaga baharu. Enjin petrolnya yang berganding bahu dengan Dedicated Hybrid Transmission (DHT) yang telah menampilkan dua motor elektrik untuk menghasilkan sembilan mod operasi termasuk operasi series dan parallel, menjadikannya yang pertama seumpamanya dalam kalangan jenama dari China.