Chelsea Tewas Di Laman Sendiri, Eriksen Pamer Pengalaman!


Good Game BEES! Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Brentford gah mencipta rekod baharu apabila berjaya menewaskan Chelsea buat kali pertama sejak 1933 dengan menampilkan persembahan menakjubkan serta melakukan “comeback” untuk mengaibkan skuad juara Thomas Tuchel dengan 4 gol di separuh masa kedua.

Chelsea Tewas Di Laman Sendiri, Eriksen Pamer Pengalaman! 2

“The Bees” menikmati permainan yang lebih baik pada separuh masa pertama tetapi dihukum kerana tidak mengambil peluang menjaringkan gol apabila Antonio Rudiger melakukan penyudah jarak jauh yang klinikal sejauh 30 ela. Sepakan kencang itu menewaskan David Raya tiga minit selepas perlawanan dimulakan semula.

Chelsea Tewas Di Laman Sendiri, Eriksen Pamer Pengalaman! 3

Namun gol itu tidak kekal lama apabila Brenford bertindak menjaringkan gol penyamaan melalui Vitaly Janelt dua minit kemudian sebelum detik keemasan pada minit ke-54 apabila Bryan Mbuemo menghantar hantaran kepada Eriksen untuk menjaringkan gol di hadapan penyokong sendiri yang nyata riuh dengan sorakan.

Chelsea Tewas Di Laman Sendiri, Eriksen Pamer Pengalaman! 4

Tetapi, Brentford tidak berhenti dengan gol itu apabila Janelt melakukan jaringan sekali lagi untuk menewaskan penjaga gawang Chelsea, Eduoard Mendy sebelum pemain gantian Yoane Wissa melengkapkan hari gemilang mereka pada saat saat akhir dengan gol keempat.

Brentford kini mengumpul 33 mata, 11 di depan Watford, yang berada di tangga ketiga dari bawah, dan kini sudah pasti boleh menikmati bola sepak Liga Perdana sekali lagi musim depan. Ia adalah saat yang indah tetapi ia hanya berkembang dengan prestasi pasukan yang cukup cemerlang daripada Brentford yang sememangnya layak mendapat satu daripada kemenangan terbesar dalam sejarah kelab.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3