Home » Gosip Artis Malaysia » Che Ta Tolak Tawaran Melakonkan Watak Sebagai Ibu Remy Ishak.

Che Ta Tolak Tawaran Melakonkan Watak Sebagai Ibu Remy Ishak.

Rozita Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta yang lahir pada 9 Mac 1973 ialah seorang pelawak, pelakon,pengacara dan penerbit yang terkenal di Malaysia. Dia yang cukup terkenal dengan siri komedi Kiah Pekasam yang mana drama ini meletakkannya sebagai salah seorang pelakon komedi wanita . Sehingga kini, Rozita sudah membintangi lebih 60 judul drama TV dan beberapa buah filem.

Selain terkenal dalam dunia lakonan, Che Ta juga merupakan antara selebriti wanita yang cukup panas di media sosial kerana sangat pandai berhias dan sentiasa cantik apabila menjadi sorotan media malah dia selalu menghiasi muka depan majalah dan sering memperagakan pakaian yang menjadi koleksinya.

Che Ta sebelum ini pernah melakonkan watak sebagai ibu dalam drama tahyul , telah menolak satu tawaran yang memerlukan dia melakonkan watak ibu kepada pelakon lelaki Remy Ishak.

Walaupun sebelum ini dia terbuka untuk menerima tawaran watak sebagai ibu tetapi kali ini dia terpaksa menolak kerana mengambil kira soal realistik. Kata Che Ta, gandingan tersebut disifatkan tidak logik apatah lagi Remy wajah terlalu matang untuk membawa watak sebagai anaknya dan beza umur mereka tidak terlalu jauh.

Jelas Che Ta lagi, dia bukanlah terlalu memilih watak yang diberikan tetapi watak haruslah tidak terlalu ketara dengan umur , janganlah sampai umur pelakon itu terlalu dewasa supaya watak nampak lebih logik dan masuk akal.

Seperti yang sedia maklum, Che Ta dan Remy sudah beberapa kali digandingkan di dalam beberapa buah projek dan kebanyakannya membawa peranan sebagai kekasih.

Disclaimers – Semua artikel admin kongsikan diatas merupakan panduan tutorial dan rujukan artikel related dengan “Che Ta Tolak Tawaran Melakonkan Watak Sebagai Ibu Remy Ishak.” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes