Kulit wajah yang cerah menjadi kegilaan ramai sehingga kini dan pelbagai produk timbang kilo dan jenama terkemuka mengeluarkan produk bagi memberikan kepuasan kepada pengguna.
Namun kekangan kewangan dan juga kulit yang sensitif terkadang membuatkan orang ramai lebih memilih untuk menggunakan cara alami agar tidak megeluarkan belanja yang mahal semata- mata untuk merawat kulit wajah sahaja.
Terdapat pelbagai perkongsian tentang penjagaan wajah dan menjadi rujukan kepada wanita dan lelaki yang mementingkan kecantikkan.
Salah satu perkongsian adalah menggunakan dua bahan sahaja untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri sepanjang hari tanpa mengeluarkan belanja yang banyak.
Bahan yang digunakan mampu memberikan kesan yang memuaskan kepada kulit muka dan tangan dalam masa satu malam sahaja dan ianya sangat berkesan sehingga menjadi salah satu petua orang tua sejak dahulu lagi.
Bahan – Bahan:
Tomato
Tepung beras
Caranya menyediakan bahan:
1. Potong kecik dan kisar sebiji tomato.
2. Masukkan tomato yang telah dikisar ke dalam bekas bersih dan campurkan dengan satu sudu tepung beras.
3. Kacau sebati kedua bahan tersebut.
4. Kemudian, sapukan pada seluruh wajah atau tangan lalu gosok secara perlahan agar bahan meresap sehingga ke dalam kulit.
5. Setelah itu , cuci muka atau tangan dengan air yang bersih sehingga hilang semua kesan campuran tadi dan kulit muka akan merasa lebih lembab dan cerah.
Kelebihan tepung beras:
- Mengatasi masalah jerawat dengan berkesan
- Mencerahkan kulit secara semulajadi
- Menanggalkan sel kulit mati dengan berkesan
- Melwan tanda penuaan
- Menyerap minyak berlebihan pada wajah
- Mengecilkan ruang pori pada wajah
Kelebihan Tomato :
- Melindungi kulit daripada risiko kanser
- Membantuk menghilangkan parut
- Mengurangkan keradangan kulit pada wajah
- Menanggalkan sel kulit mati
- Agen kepada antipenuaan
- Melindungi kulit daripada radikal bebas
- Melembapkan kulit
- Mengurangkan sebum iaitu minyak pada kulit wajah
Pelbagai tips boleh disemak DISINI