Pernahkah anda dengar tentang Central Credit Reference Information System ataupun CCRIS? Ia penting dalam memastikan anda mendapat kelulusan dalam permohonan pinjaman anda. Dengan ini, CCRIS memainkan peranan yang penting dalam memastikan permohonan pinjaman anda diluluskan.
Ia adalah salah satu langkah utama yang anda perlu lakukan apabila anda ingin melakukan sebarang pembelian besar seperti rumah atau kereta. Selalunya dalam keadaan biasa, laporan CCRIS boleh dimohon di Bank Negara Malaysia.
Namun, sejak berlakunya pandemik, pergerakan di luar harus dilakukan dengan waspada. Oleh itu, anda digalakkan melakukan laporan CCRIS anda di rumah. Di bawah adalah panduan untuk anda membuat semakan CCRIS tanpa hadir ke Bank Negara Malaysia.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Apa itu Central Credit Reference Information System (CCRIS)?
CCRIS merupakan sistem yang dibangunkan oleh Bank Negara Malaysia. Tujuan sistem ini adalah untuk mengeluarkan laporan kredit individu. Laporan ini boleh digunakan apabila anda ingin melakukan sebarang permohonan pinjaman. Pada asasnya, CCRIS adalah pangkalan data yang menyimpan semua rekod permohonan anda dan memberikan gambaran data kewangan anda.
Maklumat dalam laporan kredit adalah penting dan digunakan untuk membantu institusi kewangan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi berhubung dengan permohonan kredit.
Laporan kredit juga digunakan untuk menilai kepercayaan kredit (creditworthiness) peminjam sedia ada semasa membuat kajian semula kredit secara berkala. Oleh itu, adalah penting bahawa maklumat yang terdapat dalam laporan kredit adalah terkini dan tepat.
Apa manfaat CCRIS?
Biro Kredit memainkan peranan penting dalam pengurusan risiko kredit bank dan untuk menggalakkan budaya kredit yang kukuh dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini diakui sebagai komponen utama infrastruktur sistem kewangan yang mantap.
Pelabur-pelabur antarabangsa juga semakin mengambil kira kewujudan sistem pengurusan risiko yang berkesan dan kukuh dalam sesebuah ekonomi ketika membuat keputusan pelaburan. Ini menjelaskan mengapa semakin banyak negara membangun turut menubuhkan biro kredit.
Kewujudan Biro Kredit memudahkan institusi kewangan untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi serta bertanggungjawab dan tepat pada masanya. Maklumat yang diperoleh daripada Biro Kredit juga membantu institusi kewangan mengurangkan kemungkinan berlakunya masalah lain seperti kes-kes penipuan.
Contoh Hutang Yang Terkait Dengan CCRIS
Berikut adalah senarai contoh hutang yang mungkin dimasukkan ke dalam laporan CCRIS anda.
- Hutang PTPTN
- Pembiayaan pinjaman peribadi bank
- Pinjaman Rumah/Kedai dan sebagainya
- Kad Kredit
- Pembiayaan perniagaan dari bank
- Pembiayaan untuk kenderaan/kereta dan sebagainya
Bagaimana untuk memohon laporan CCRIS tanpa hadir ke Bank Negara?
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memohon laporan CCRIS tanpa hadir ke Bank Negara:
- Muat turun borang permohonan di bnm.my/ccrisform
- Lengkapkan borang permohonan dan sediakan semua dokumen berikut :
- Satu salinan MyKad
- Satu salinan pasport (Untuk bukan warganegara)
- Dua dokumen sokongan lain
- Contoh: lesen memandu, bil utiliti, penyata akaun bank, penyata kad kredit atau penyata KWSP
- Hantar semua borang lengkap serta dokumen melalui webform: https://telelink.bnm.gov.my/
Cara Buat Semakan Data Melalui eCCRIS
Anda juga boleh membuat permintaan pengesahan data secara langsung kepada institusi kewangan yang mengambil bahagian atau Bank Negara Malaysia melalui eCCRIS dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:
- Dapatkan laporan kredit semasa di https://eccris.bnm.gov.my
- Pilih profil peminjam atau maklumat akaun pinjaman yang berkaitan;
- Menyediakan butiran terperinci mengenai perkara yang dipertikaikan dan lampirkan dokumen sokongan yang berkaitan; dan
- Mengemukakan permohonan semakan dan ia akan secara automatik diarahkan kepada institusi kewangan yang mengambil bahagian atau Bank Negara Malaysia.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh merujuk di laman rasmi atau hubungi info di bawah
BNMTELELINK
LINK dan Pejabat BNM
Bank Negara Malaysia
Peti Surat 10922
50929 Kuala Lumpur
Faksimile: +603 2174 1515
E-mel: [email protected]
PENAFIAN : Kami hanya memberi informasi terkini berkaitan syarat, cara mohon dan info berkaitan dengan CCRIS dengan rujukan dari laman sesawang rasmi Bank Negara Malaysia, sebarang permohonan baru boleh terus melalui website rasmi, kami tiada sebarang kaitan bersama Bank Negara Malaysia, hanya sekadar menyampaikan info sahih sahaja