Home » Bantuan » CBRM 2.0 : Cara Mohon Skim Pembiayaan Pemulihan Mikro (TEKUN)

CBRM 2.0 : Cara Mohon Skim Pembiayaan Pemulihan Mikro (TEKUN)

Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0)

Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0) adalah pembiayaan kepada usahawan baharu dan juga usahawan TEKUN sedia ada yang terjejas akibat pandemik COVID19.

Ia bertujuan membantu usahawan memulihkan kembali perniagaan dan kembali beroperasi.

Portal Malaysia ingin berkongsi dengan lebih terperinci tentang skim pembiayaan ini bagi makluman & rujukan usahawan yang berminat.

Baca Juga: Senarai Bantuan Kerajaan Yang Anda Boleh Mohon, Inisiatif Bantuan Rakyat Tahun 2021

Syarat Permohonan

  1. Bumiputera / India & warganegara Malaysia sahaja
  2. Berumur 18 tahun & ke atas ( tempoh pembiayaan tidak melebihi 65 tahun)
  3. Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam perniagaan yang dijalankan
  4. Mempunyai lesen SSM / permit Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  5. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau secara bergerak
  6. Bebas daripada tindakan undang-undang dan kebankrapan
  7. Baki pembiayaan sedia ada tidak melebihi RM100,000
  8. Aktiviti yang dijalankan adalah patuh syariah

Kadar Pembiayaan CBRM 2.0

  1. Nilai pembiayaan sebanyak RM1,000 – RM 10,000
    • Usahawan baru
  2. Nilai pembiayaan sebanyak RM1,000 – RM20,000
    • Usahawan TEKUN sedia ada

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Cara Permohonan CBRM 2.0

Boleh rujuk infografik di bawah untuk info penuh:

Baca juga: Cara Mohon Rumah Kos Rendah Untuk Setiap Negeri

Maklumat Lanjut

Sila rujuk laman web rasmi www.tekun.gov.my untuk info lanjut.

Disclaimers – Bahan artikel portalamalaysia kongsikan diatas hanyalah panduan tutorial dan rujukan artikel berkaitan dengan “CBRM 2.0 : Cara Mohon Skim Pembiayaan Pemulihan Mikro (TEKUN)” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!